Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS tegur syarikat insurans langgar peraturan urus risiko bayaran komisen

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



EMPAT institusi kewangan menerima teguran daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) kerana melanggar peraturan berkenaan penjualan produk pelaburan dan pembayaran komisen.



AIA Financial Advisers (AIA FA), Prudential Assurance Company Singapore (Prudential), dan Aviva, bersama anak syarikatnya yang dimiliki sepenuhnya, Aviva Financial Advisers (Aviva FA), didapati melanggar peraturan pengurusan risiko dan gaji penyelia, kata bank pusat itu semalam.



MAS juga menegur Encik Peter Tan Shou Yi, seorang perunding yang dilantik oleh Aviva, kerana menerima gaji yang melanggar syarat peraturan; dan ketua eksekutif dan pengarah Aviva FA, Encik Lionel Chee Boon Chai, kerana kegagalannya menjalankan tanggungjawabnya.



Satu teguran dianggap sebagai amaran serius oleh pengawal selia dan biasanya dikeluarkan apabila pelanggaran peraturan oleh institusi kewangan tidak menyebabkan kerugian kewangan langsung kepada pelanggannya.



Teguran seperti itu diambil kira apabila pengawal selia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran masa depan oleh institusi kewangan yang ditegur itu.



MAS berkata berikutan timbulnya petanda pelanggaran peraturan oleh penyedia insurans itu, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati beberapa kejadian gaji dibayar kepada penyelia yang melanggar syarat di bawah Akta Penasihat Kewangan (FAA).



Petanda mengenai pelanggaran mungkin ditimbulkan oleh pemberi maklumat, aduan oleh pelanggan atau semasa pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal selia.



Pelanggaran itu berkaitan dengan peraturan Skorkad Seimbang (BSC) untuk penjualan produk pelaburan, dan peraturan Pengagihan dan Pembatasan Komisen (SCC) untuk penjualan polisi hayat premium biasa.



BSC dan SCC berusaha untuk menyelaras insentif firma, ejen dan penyelia penasihat kewangan (FA) dengan kepentingan pelanggan mereka, untuk mempromosikan budaya urusan yang adil.



Di bawah BSC, gaji penyelia dan ejen yang berubah ditentukan mengikut petunjuk prestasi utama bukan penjualan, seperti sama ada ejen telah mengambil langkah untuk memahami keperluan pelanggan, mengesyorkan produk yang sesuai dan membuat pendedahan yang mencukupi.



Tujuannya adalah untuk meningkatkan mutu nasihat dan mengurangkan risiko taktik mendesak penjualan produk.



Di bawah SCC, yang digunakan bagi penjualan polisi hayat premium biasa kepada individu, penyedia insurans dan firma FA diminta untuk membatasi pendapatan berubah yang perlu dibayar kepada ejen dan penyelia pada tahun pertama dan mengagihkan baki pendapatan berubah yang perlu dibayar dalam jangka masa yang ditentukan.



Peraturan itu mengatasi kebimbangan bahawa ejen yang telah menerima sebahagian besar pendapatan berubahnya lebih awal mungkin tidak mempunyai insentif untuk memberikan perkhidmatan selepas penjualan yang bermutu kepada pelanggannya.



Timbalan pengarah urusan MAS bagi penyeliaan kewangan Cik Ho Hern Shin, berkata:



"MAS menjangkakan institusi kewangan untuk meletakkan pengaturan yang mantap bagi memastikan ejen mereka mengutamakan kepentingan pelanggan mereka."



Beliau berkata peraturan MAS mengenai amalan gaji yang berkaitan dengan penjualan produk pelaburan dan insurans hayat bertujuan untuk mempromosikan amalan penjualan yang baik dalam industri penasihat kewangan.



"Kami telah menangani dengan tegas institusi kewangan dan individu yang telah melanggar peraturan kami, untuk menghantar mesej yang jelas kepada industri mengenai pentingnya menegakkan etika yang tinggi," katanya.




"MAS menjangkakan institusi kewangan untuk meletakkan pengaturan yang mantap bagi memastikan ejen mereka mengutamakan kepentingan pelanggan mereka...

Kami telah menangani dengan tegas institusi kewangan dan individu yang telah melanggar peraturan kami, untuk menghantar mesej yang jelas kepada industri mengenai pentingnya menegakkan etika yang tinggi."

- Timbalan pengarah urusan, MAS bagi penyeliaan kewangan, Cik Ho Hern Shin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >