Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS ubah kepada dasar kenaikan 0% bagi mata wang Singapura

MAS
Apr 14, 2016 | 12:35 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) akan menetapkan kadar kenaikan dolar Singapura (Singdollar) kepada sifar peratus, dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi terhadap prospek ekonomi global yang lebih malap sejak mesyuarat dasar terakhirnya.



Ini bukan satu dasar untuk menurunkan nilai Singdollar, tetapi hanya mengetepikan laluan peningkatan sederhana dan beransur-ansurnya, kata bank pusat itu, yang menggunakan mata wang dan bukan kadar faedah bagi membimbing ekonomi negara, pada Khamis (14 April).



Kali terakhir MAS beralih daripada peningkatan "sederhana dan beransur-ansur" kepada pendirian peningkatan sifar peratus ialah pada Oktober 2008, semasa krisis kewangan global.



MAS melaksana dasar peningkatan "sederhana dan beransur-ansur" sejak 2010.



Singdollar jatuh 0.9 peratus kepada $1.36 bagi sedolar Amerika menyusuli berita itu. Pada 8.36 pagi Khamis, ia diniagakan pada kadar $1.3626 bagi sedolar Amerika, daripada $1.3501 semasa ditutup pada Rabu.



Singdollar telah naik lebih 5 peratus berbanding dolar Amerika tahun ini.



Langkah MAS mengubah pendiriannya merupakan satu kejutan kepada pasaran kerana 12 daripada 18 ekonomi sektor swasta yang ditinjau Bloomberg menjangka MAS mengekalkan pendirian dasarnya dalam mesyuarat dwitahunannya itu.



MAS akan mengadakan mesyuarat dasar selanjutnya pada Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >