ASIA menghadapi dua senario masa depan - sebuah Asia yang aman dan bersepadu, atau Asia yang berpecah-belah dan meragam.
Haluan mana yang harus ditempuhi Asia dalam masa 20 tahun mendatang akan ditentukan oleh keadaan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China dan berleluasanya sikap nasionalisme di rantau ini, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.