Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu bas lebih lama ekoran pemandu dijangkiti Covid-19

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



PENUMPANG bas kini perlu menunggu sehingga tiga minit lebih lama bagi sekitar 90 khidmat bas, akibat bilangan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat dalam kalangan pemandu bas.



Menteri Negara Kanan ( Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, berkata dalam Parlimen semalam, bahawa masa menunggu yang dilanjutkan antara bas merupakan sebahagian daripada pelan kontingensi yang telah dilaksanakan untuk memastikan khidmat bas yang diperlukan terus beroperasi.



Masa menunggu lebih lama diperkenalkan pertama kali bagi khidmat bas dengan permintaan rendah.



Encik Chee berkata pemandu yang dijangkiti merangkumi kurang 5 peratus daripada bilangan pemandu bas awam keseluruhan di tengah-tengah kes Covid-19 dalam masyarakat secara meluas.



Beliau berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali bas sedang memantau keadaan dengan teliti.



"Di mana yang boleh, LTA dan pengendali bas akan mengerahkan lebih banyak bas dua tingkat bagi khidmat dengan lebih ramai penumpang," tambah Encik Chee.



Pengendali pengangkutan awam, SBS Transit berkata pada 15 Februari bahawa ia kekurangan hampir 80 pemandu akibat bilangan tinggi dalam kalangan pemandu bas yang diuji positif bagi Covid-19.



Ia memohon maaf atas ketidakselesaan yang berlaku dan menyuruh penumpang untuk mengambil kira masa menunggu lebih lama bagi bas apabila merancang perjalanan mereka.



Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) bertanya dalam soalan tambahan semalam jika pengendali awam mempunyai pemandu bas simpanan pada masa-masa sukar dan jika ini merupakan sesuatu pilihan yang mungkin boleh LTA pertimbangkan jika tiada.



Sebagai respons, Encik Chee berkata pihak berkuasa telah menghubungi sekumpulan pemandu bas yang sudah bersara dan bekas pemandu tanpa memberikan perangkaan khusus.



"Sedang kita cuba mencari dan mendapatkan semula khidmat bekas kapten bas dan kapten bas yang sudah bersara, kita juga memerlukan masa untuk melatih pemandu bas baru, justeru ini merupakan satu usaha yang berterusan," kata Encik Chee.



Beliau turut merayu kepada penumpang untuk memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penularan Covid-19 di pengangkutan awam.




"Di mana yang boleh, LTA dan pengendali bas akan mengerahkan lebih banyak bas dua tingkat bagi khidmat dengan lebih ramai penumpang."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >