Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu lebih lama bagi rumah siap: Persatuan kontraktor

Kos tenaga manusia dan bahan lonjak antara 30 dengan 50 peratus
Apr 24, 2021 | 05:30 AM



SEKATAN sempadan yang dikenakan terhadap mereka yang datang dari India akan menyebabkan kos bertambah dan pembeli rumah di sini akan menunggu lebih lama untuk rumah mereka siap, kata Persatuan Kontraktor Singapura (Scal) semalam.



Ketika ini, projek dalam sektor binaan telah tergendala antara sembilan dengan 12 bulan akibat kekurangan pekerja yang disebabkan pandemik Covid-19, tambah Scal.



Kelmarin, pemerintah mengumumkan bahawa pelawat jangka pendek dan juga pelawat yang mempunyai pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan ke India baru-baru ini tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura.



Mereka juga tidak dibenarkan transit di sini.



Peraturan ini juga akan menjejas kumpulan yang sebelum ini yang telah mendapat kebenaran awal untuk memasuki Singapura.



Menteri Pendidikan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertugas berbilang kementerian yang sedang menangani Covid-19 berkata sekatan sempadan itu akan mendatangkan kesan besar terhadap sektor binaan.



Semalam, Scal berkata pembeli hartanah perlu menanti lebih lama bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) awam dan apartmen privet untuk siap.



Bangunan lain, seperti pusat jagaan kesihatan dan projek prasarana lain juga akan tergendala, katanya.



"Kesannya adalah warga Singapura tidak akan dapat mengelak membayar kos binaan lebih tinggi jika keadaan ini tidak dihuraikan dengan pantas," ujar Scal dalam kenyataannya.



Ia berkata kos tenaga manusia dan bahan telah melonjak antara 30 peratus dengan 50 peratus.



"Langkah yang diperketat ini akan menjejas dengan buruh kemasukan pekerja binaan dan akan mendatangkan kesan negatif kepada garis masa projek binaan dan menyebabkan projek tergendala lebih lama," kata Scal lagi.



Dalam kenyataan itu juga, Scal berkata sektor binaan telah menghadapi cabaran kekurangan pekerja sejak tahun lalu, selepas ramai pekerja migran pulang ke rumah di tengah-tengah pandemik.



"Sebahagian syarikat mungkin terpaksa ditutup dan ini akan menjejas teruk sekitar 100,000 penduduk yang bekerja dalam sektor binaan," kata Scal.



Sekatan sempadan itu diumumkan pemerintah selepas jumlah kes Covid-19 di India melonjak.



Kelmarin, negara itu melaporkan 314,835 kes baru - yang tertinggi dalam sehari di dunia.



Sejauh ini, India telah melaporkan 16 juta kes dan angka korban hampir 185,000 orang.



Varian virus baru yang bersumber di India dikatakan sedang menyebabkan gelombang kedua jangkitan di sana.



Dalam pada itu, Scal berkata ia prihatin kerana ada pihak yang cuba menghubungkan isu pekerja asing dari India dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Singapura-India - perjanjian perdagangan bebas antara kededua negara itu.



Tiada kaitan antara kededua perkara, kata Scal, yang menjelaskan ia sedang berusaha mendapatkan tenaga kerja dari negara Asean untuk dibawa ke Singapura, dengan peruntukan kos notis jangan keluar rumah lebih rendah dan supaya dimasukkan dalam program vaksinasi negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >