Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu lebih lama di pusat pemeriksaan pada musim Tahun Baru Cina, usah bawa barang terlarang: ICA

Jan 24, 2017 | 10:52 AM



DENGAN sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir, lalu lintas di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak, terutama dari Khamis (26 Jan) hingga Selasa depan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (24 Jan).



Bilangan pengguna di pusat pemeriksaan dijangka meningkat daripada 400,000 kepada 430,000 dalam tempoh itu, kata ICA.



"Mereka harus menjangka masa menunggu lebih lama daripada biasa kerana pemeriksaan keselamatan ketat di pusat pemeriksaan," katanya.



Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menyemak keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka.



ICA juga mengingatkan pengembara supaya tidak membawa masuk barang larangan seperti mercun, manakala barangan kawalan seperti daging panggang, telur dan pokok berpasu tertakluk kepada izin. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web ICA.



Purata 126 kes barangan seludup dikesan setiap hari di pusat pemeriksaan darat Singapura tahun lalu.



Antara kes terbaru dikesan di Woodlands ialah rampasan 3,998 karton dan 40 kotak rokok yang tidak dibayar cukai pada 18 Jan.



Satu lagi kes ialah sekotak bunga api yang ditemui dalam but sebuah kereta Malaysia pada 17 Jan.



Ahad lalu (22 Jan), seorang wanita Singapura 62 tahun cuba membawa 15 kotak mercun juga di tahan di pusat pemeriksaan.



ICA juga mengingatkan pelancong supaya menyemak dan memastikan mereka menggunakan pasport mereka sendiri dengan tempoh sah baki enam bulan atau lebih.



Tahun lepas, kira-kira 800 kes rakyat Singapura di kesan menggunakan salah pasport atau pasport yang dilaporkan hilang atau dicuri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >