Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu lebih lama untuk dapat katil di hospital: MOH

Mereka yang alami gejala jangkitan pernafasan ringan diseru agar jumpa doktor awam (GP) atau ke klinik Uji Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash)
Sep 21, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT yang memerlukan rawatan di hospital perlu tunggu lebih lama untuk mendapatkan katil, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Jabatan Kecemasan (ED) di hospital awam menerima lebih banyak kes Covid-19 dengan lebih banyak katil digunakan untuk keperluan pesakit itu.



"Sedang hospital mengurangkan pembedahan dan kemasukan yang tidak mendesak, penggunaan kapasiti hospital secara keseluruhan semakin ketat," menurut seorang jurucakap kementerian tersebut.



Di Facebook minggu lalu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, sedang kapasiti keseluruhan unit jagaan rapi (ICU) masih dapat ditangani, jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) sistem kesihatan negara serta wad-wad am sedang berdepan dengan cabaran.



"Hospital dan pekerja penjagaan kesihatan kita tidak boleh terlalu dibebankan.



"Pada saat ini, inilah cabaran terbesar MOH dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasi hal ini," tulis Encik Ong.



Beliau turut menggalakkan pesakit lebih muda dan mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya menjalani pemulihan di rumah.



Beliau turut mengatakan bahawa lebih daripada 98 peratus mereka yang dijangkiti Covid-19 dari 1 Mei hingga 16 September lalu tidak menunjukkan gejala atau hanya menunjukkan simptom ringan.



Catatan Facebooknya itu dilakukan setelah MOH mengatakan beberapa hospital awam melihat lonjakan pesakit yang bergegas ke jabatan A&E dengan gejala jangkitan pernafasan ringan.



Hospital Besar Singapura dan Hospital Tan Tock Seng membuat pemberitahuan melalui media sosial minggu lalu bahawa keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sakit teruk, lapor The Straits Times.



MOH juga menyeru agar mereka yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan ringan agar usah mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya, berjumpa doktor awam (GP) atau pergi ke klinik Uji Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash).



"Doktor Sash mampu menilai keparahan gejala mereka dan melakukan ujian diagnostik Covid-19 apabila diperlukan untuk mengesahkan status mereka.



"Ini membolehkan mereka yang mempunyai sakit lebih parah dan memerlukan rawatan mendesak dibantu dengan cepat, serta membantu memastikan kapasiti hospital digunakan bagi mereka yang benar-benar memerlukan rawatan di hospital," kata MOH.



Minggu lalu, kementerian tersebut turut mengumumkan kemudahan penjagaan masyarakat baru akan dibangunkan bagi pesakit Covid-19 yang sihat secara amnya tetapi mempunyai keadaan kesihatan lain yang memerlukan pemantauan lebih rapi.



Ini diharap dapat memastikan kapasiti hospital dapat dikawal agar hanya pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan perubatan yang dekat dan khusus seperti tambahan oksigen atau jagaan rapi dimasukkan ke hospital.



Kemudahan pertama seperti itu akan dibangunkan di rumah jagaan NTUC Health di Tampines dan akan mula beroperasi Khamis ini dengan 250 katil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >