Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos adakan lawatan ke China, 2-4 Mei

May 01, 2018 | 04:00 PM



 



 



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan mengadakan lawatan ke China mulai esok (2 Mei) hingga Jumaat (4 Mei), kata kementerian itu dalam kenyataannya pada 1 Mei.



Di sana, Encik Masagos dijadual bertemu Menteri Ekologi dan Sekitaran China Encik Li Ganjie, Menteri Sumber Air Encik E Jingping, Menteri Perumahan dan Pembangunan Kota-Luar Kota Encik Wang Menghui dan Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Sekitaran dan Pemeliharaan Sumber Kongres Rakyat Kebangsaan Encik Gao Hucheng.



Dalam pertemuan ini, Encik Masagos dijangka membincangkan cara selanjutnya bagi Singapura dan China memperdalam kerjasama dalam usaha sekitaran dan air, menerusi wadah kerjasama dua hala dan juga melalui inisiatif Belt and Road (BRI)



Encik Masagos juga akan melawat Kota Eko Tianjin yang dibangunkan oleh Singapura dan China, yang meraikan ulang tahun ke-10 tahun ini.



Beliau akan diiringi pegawai dari Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan agensi air negara PUB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >