Masagos agih beg cenderahati SG50 kepada 7,000 keluarga di Tampines

Sertai lebih 400 relawan dan pemimpin akar umbi

MENTERI Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turun padang membahagikan beg cenderahati, atau SG Funpack, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Jubli Emas negara SG50 kepada penduduk Tampines semalam.

Encik Masagos yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines menyertai lebih 400 relawan dan pemimpin akar umbi mengagihkan beg cenderahati itu kepada 7,000 keluarga yang tinggal di 58 blok.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan