Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERINTAH SEKATAN KE ATAS PENDAKWAH DAN MURIDNYA

Masagos: Ajaran ganas pendakwah bahayakan keharmonian negara

Jan 17, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ajaran ganas pendakwah Murad Mohd Said berupaya mempengaruhi pengikutnya dan berpotensi menyelewengkan ramai lagi.



Ini, menurut Encik Masagos, boleh membawa potensi bahaya kepada keharmonian negara.



Bahkan, salah seorang murid pendakwah itu, Razali Abas, juga telah mempamerkan sikap menyokong sengketa bersenjata.



Razali misalnya telah mencari individu di Facebook yang mempunyai penampilan militan dan menyokong kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda.



Oleh itu, pihak berkuasa telah mengenakan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Murad, 46 tahun, dan Razali, 56 tahun.



Mengulas tentang tindakan yang dikenakan ke atas kededua lelaki tersebut, Encik Masagos dalam kiriman Facebook semalam berkata Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori yang dilaksanakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah berjalan dengan baik.



Murad telah dikesan Muis kerana menyebarkan ajaran ganas yang boleh memecahbelahkan masyarakat.



"Biarpun telah diberi nasihat oleh Muis dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah, beliau tidak berubah," kata Encik Masagos.



Pada Mei 2018 pendaftaran ARS Murad telah digantung namun dia tetap menyebarkan ajaran yang tidak wajar itu.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, semalam berada di Amiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri satu sidang sekitaran.



Bercakap kepada media menerusi video di luar sidang itu, beliau berkata masyarakat pembimbing agama telah bersama menyokong ARS di mana mereka mematuhi Kod Etika dalam mendidik dan membimbing masyarakat setempat.



"Murad telah lama menyebar ajaran yang menyokong keganasan dan antara lain supaya kita mengasingkan diri daripada masyarakat, hinggakan murid beliau sendiri Razali Abbas telah dikenakan Perintah Sekatan kerana menyokong konflik bersenjata.



"Ini sangat berbahaya jika ia terus tersebar dan berakar dalam masyarakat kita, ia akan membangunkan masyarakat yang sangat ekstrem dan mengasingkan diri daripada masyarakat yang lebih besar," kata Encik Masagos.



Akibatnya, Encik Masagos berkata terdapat risiko kemunculan kejadian keganasan di negara ini.



"Saya menyeru kepada semua pembimbing agama supaya mewujudkan kerharmonian dan sifat kasih sayang sesama kita dan kepada semua tidak kira bangsa dan agama," tambah Encik Masagos.




"Murad telah lama menyebar ajaran yang menyokong keganasan dan antara lain supaya kita mengasingkan diri daripada masyarakat, hinggakan murid beliau sendiri Razali Abbas telah dikenakan Perintah Sekatan kerana menyokong konflik bersenjata. Ini sangat berbahaya jika ia terus tersebar dan berakar dalam masyarakat kita, ia akan membangunkan masyarakat yang sangat ekstrem dan mengasingkan diri daripada masyarakat yang lebih besar... Saya menyeru kepada semua pembimbing agama supaya mewujudkan kerharmonian dan sifat kasih sayang sesama kita dan kepada semua tidak kira bangsa dan agama."
- Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >