Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos akan hadir mesyuarat perubahan iklim di Poland

Dec 09, 2018 | 05:24 PM



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan memimpin satu delegasi dari Singapura menghadiri persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Katowice, Poland dari 11 hingga 15 Disember.



Encik Masagos akan menghadiri Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pelbagai Pihak ke-24 (COP-24) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) serta mesyuarat lain yang berkaitan dengannya.



Di COP-24, negara yang hadir dijangka memuktamadkan pakej garis panduan untuk melaksanakan Perjanjian Paris.



Garis panduan itu akan membantu pelaksanaan perjanjian tersebut dengan cara yang jelas dan telus serta menggalak keinginan semua pihak untuk mencapai matlamat suhu jangka panjang yang telah dipersetujui.



Encik Masagos juga akan menyampaikan kenyataan nasional Singapura dan menghadiri pelbagai acara lain di peringkat tinggi.



Beliau turut diiringi pegawai daripada agensi dalam Jawatankuasa Antara Menteri bagi Perubahan Iklim (IMCCC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >