Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos alu-alu lebih banyak perbincangan cari panduan bagi Muslim minoriti hadapi cabaran

Pengalaman Muslim SG dalam konteks masyarakat majmuk boleh dicontohi masyarakat Islam minoriti lain
Nov 08, 2021 | 05:30 AM



USAHA berbincang dan mencari huraian yang boleh menjadi panduan bagi masyarakat Muslim minoriti menghadapi cabaran semasa dan terus berjaya dalam konteks masing-masing amat dialu-alukan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Beliau, yang menghadiri Seminar Prapersidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kelmarin, turut berkongsi kepada sekitar 200 peserta dari serata dunia di seminar itu bahawa masyarakat Muslim Singapura adalah satu contoh baik sebuah masyarakat minoriti yang hidup dalam keadaan harmoni dalam konteks sebuah negara sekular.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Encik Masagos berkata beliau mengalu-alukan lebih banyak perbincangan dan perkongsian daripada masyarakat lain di seluruh dunia, agar masyarakat berkenaan dapat sama-sama mencari huraian yang boleh menyediakan rangka kerja panduan bagi komuniti minoriti Muslim menghadapi cabaran kontemporari dan terus berjaya dalam konteks masing-masing.



"Saya gembira menghadiri seminar antarabangsa Masyarakat Islam Gemilang dalam Konteks Masyarakat Sekular anjuran Muis semalam (kelmarin)," tulis beliau.



"Saya mengikuti perkongsian dan pertukaran pandangan antara cendekiawan agama antarabangsa dan tempatan yang dihormati, sambil mereka berbincang cara terbaik untuk mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam minoriti dalam masyarakat berbilang kaum dan sekular.



"Saya juga berkongsi tentang pengalaman kita, masyarakat Islam Singapura dalam konteks masyarakat majmuk.



"Walaupun kita berbilang kaum, setiap kaum ada ruang untuk berkembang maju dan kita dapat hidup bersama dalam suasana harmoni dengan satu sama lain," ujar beliau.



Dalam ucapannya semasa merasmikan seminar itu kelmarin, Encik Masagos berkata adalah penting pemimpin agama daripada masyarakat sekular membangunkan badan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing untuk kaum minoriti Muslim yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama.



Beliau berkata perkembangan masyarakat Muslim di Singapura sebagai sebuah kes yang dapat dicontohi, lebih-lebih lagi sedang kebanyakan masyarakat Muslim minoriti lain turut hidup dalam konteks terbuka, kosmopolitan dan sekular.



Mentelah Muslim membentuk sekitar satu perlima populasi dunia



Antara lain, Encik Masagos merujuk kepada usaha pemimpin agama Islam di Singapura melakar langkah tertentu bagi Muslim menyesuaikan amalan agama berdasarkan konteks hidup mereka di negara ini.



Ia termasuk penyesuaian semasa pandemik Covid-19 ini yang telah diterima masyarakat Muslim di sini, seperti langkah pengurusan selamat di masjid.



Contoh lain ialah fatwa yang memperkasa wanita membuat pilihan berdasarkan keadaan tersendiri masing-masing, selepas pemerintah mengizinkan pemakaian tudung bagi kakitangan penjagaan kesihatan Muslim ketika bertugas jika mahu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >