Subuh
5:56
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Setempat3

Masagos, AP Melayu/Islam PAP lakar pelan bertindak M³

Aug 20, 2018 | 05:30 AM

Semasa berucap dalam bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Anggota Parlimen Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah melakar pelan bertindak untuk M³ (Muis, Mendaki, Mesra) bagi menyatukan sumber, bekerjasama dengan pemerintah dan badan Melayu/Islam lain. Encik Lee berkata:

"Dengan itu, mereka akan lebih mampu menangani cabaran masyarakat. Ini termasuk cabaran memastikan semua kanak-kanak mengikuti prasekolah, memperkasa dan membimbing belia, serta membantu golongan yang ketinggalan kerana dadah dan isu-isu sosial lain...Untuk berjaya, M kuasa tiga (M³) perlukan sokongan padu masyarakat. Saya harap lebih ramai orang Melayu akan menyumbang kepada masyarakat menerusi M³ tidak kiralah sama ada anda sukarelawan baru, ataupun sudah berkhidmat dengan masjid atau badan Melayu/Islam."

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map