Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Masagos: Arab Saudi belum umumkan aturan ibadah haji tahun ini

Beliau jelaskan masih tidak pasti sama ada ibadah haji tahun ini akan dibuka kepada jemaah Singapura dan antarabangsa
May 11, 2021 | 05:30 AM



SEHINGGA semalam, pihak berkuasa Arab Saudi belum lagi mengumumkan aturan berkaitan ibadah haji tahun ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata masih tidak pasti sama ada ibadah haji tahun ini akan dibuka kepada jemaah Singapura dan antarabangsa.



Sekali pun ibadah itu dibuka dan dibenarkan kepada masyarakat antarabangsa, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan menilai risiko kesihatan awam berkaitan penghantaran delegasi haji Singapura pada tahun ini.



Ini memandangkan kesihatan awam menjadi satu keutamaan dalam keadaan wabak Covid-19 sekarang ini



"Sekiranya ibadah haji diizinkan buat jemaah haji antarabangsa, Muis, setelah berunding dengan MOH, akan menilai risiko kesihatan awam untuk menghantar delegasi bagi tunaikan haji tahun ini.



"Memandangkan cabaran berterusan untuk menangani pandemik di seluruh dunia, kesihatan awam mesti menjadi satu keutamaan," kata Encik Masagos memberi jawapan bertulis kepada Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Encik Masagos juga menjawab soalan Encik Zhulkarnain mengenai sama ada terdapat langkah untuk melindungi pengguna dan memastikan agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan haji di Singapura tidak mengumpul deposit atau pembayaran berlebihan memandangkan keadaan semasa.



Dalam perkara ini, Encik Masagos berkata Muis telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko kewangan bagi jemaah haji.



Ini termasuk mewajibkan pihak GSA supaya memberi jaminan bank untuk melindungi simpanan jemaah dan mewajibkan jadual pembayaran progresif, dan bukannya kutipan bayaran sekaligus oleh GSA haji.



"Dalam keadaan khas seperti penangguhan haji tahun lalu, Muis bekerjasama rapat dengan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dan GSA untuk mendapatkan kembali sebahagian besar deposit yang dibayar jemaah haji bagi perjalanan berkenaan.



"Deposit yang dikumpul GSA diperlukan untuk menempah tiket kapal terbang dan bagi penginapan, yang pada awalnya bertujuan untuk dibawa ke hadapan bagi haji 2021," jelas beliau yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Muis sedang bekerjasama dengan GSA untuk mengembalikan wang kepada jemaah yang membuat pembayaran bagi haji 2020, tertakluk kepada beberapa bayaran pentadbiran.



Muis akan memberi maklumat lanjut kepada jemaah pada masa waktunya.



Tahun lalu, pihak Saudi hanya membuka pelaksanaan ibadah haji kepada sebilangan warganya dan penduduk asing yang berada di negara itu, dengan dilaporkan tidak lebih 10,000 jemaah melakukan ibadah itu.



Batasan bilangan jemaah haji dilakukan dalam usaha berjaga-jaga untuk mencegah penularan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >