Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: ARS berkesan bantu kekang penyebaran fahaman ganas

Menteri turut pesan warga sentiasa waspada ancaman pengganasan
Jan 28, 2019 | 05:30 AM



SKIM Pengiktirafan Asatizah (ARS) berjalan baik sejauh ini, dan telah membantu pihak berkuasa menangani kes guru agama menyebar fahaman melampau atau yang memecahbelahkan.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Masyarakat Islam di Singapura telah mewujudkan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) bagi memastikan guru agama setempat mengajar Islam sederhana yang sesuai dengan konteks dan keperluan Singapura.



"ARS berjalan baik. Sebab itulah kita boleh dapat tahu seseorang itu tidak mematuhi kod etika ARS, dan kita boleh mengambil tindakan," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas memerhatikan satu latihan kecemasan di stesen MRT Tampines West semalam.



Encik Masagos turut mengulas tentang kes bekas guru agama Murad Mohd Said yang dikenakan Perintah Sekatan (RO) pada Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana berpegang pada pandangan radikal yang menggalak keganasan dan boleh memecahbelahkan masyarakat.



Murad berkhidmat sebagai guru agama bebas tetapi pentauliahannya di bawah ARS dibatalkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Mei tahun lalu kerana beliau mengajar ideologi yang memecahbelahkan masyarakat sekali gus melanggar Kod Etika ARS.



"(Murad) sebenarnya telah berpeluang mendapat kaunseling untuk memahami cara membuat penyesuaian dan membuang pandangan ekstremnya yang tidak sesuai dalam konteks kita, yang bahaya untuk Singapura, tetapi kerana beliau enggan berbuat demikian, satu sekatan lebih tinggi dikenakan untuk melindungi kepentingan bersama semua," jelas Encik Masagos.



Ditanya apakah ARS akan disemak menyusuli kes itu, Encik Masagos menekankan skim tersebut telah memainkan peranan yang baik sejauh ini.



"Saya fikir sudah cukup kerana (ARS) telah menimbulkan kes yang perlu pengawasan Muis dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB).



"Seterusnya jika yang diberikan amaran itu terus menjalankan ajaran keganasan, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Ini saya fikir satu prosedur terbaik untuk masyarakat kita," ujar Encik Masagos.



Semalam, Encik Masagos, juga Anggota Parlimen GRC Tampines, telah memerhatikan latihan kecemasan yang dijalankan Pasukan Polis Singapura (SPF), dengan sokongan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit (SBST) di stesen MRT Tampines West.



Latihan diberi nama Exercise Quicksand itu merupakan sebahagian gerakan SGSecure untuk meningkatkan persediaan keselamatan dan respons bersama oleh agensi Home Team, pengendali pengangkutan awam dan masyarakat.



Menyentuh tentang latihan yang yang merupakan sebahagian gerakan SGSecure itu, Encik Masagos berkata orang awam mesti sentiasa diingatkan tentang kemungkinan kejadian tersebut berlaku di Singapura.



"Mesej mudah seperti 'lari, sembunyi dan beritahu pihak berkuasa' ialah mesej yang perlu diingati.



"Kita mudah terjejas dan harus bersiap sedia sebanyak mungkin, termasuk mencegah penyalah laku itu untuk membina pangkalan di Singapura menerusi indoktrinasi dan pandangan melampau," ujar Encik Masagos.



Sementara itu, polis berkata pekerja pengangkutan awam memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa dalam kejadian kecemasan, termasuk membantu dalam pemindahan keluar, serta menghulur bantuan kecemasan.



Komander Komand Keselamatan Pengangkutan Awam, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Koh Wei Keong, berkata hab pengangkutan awam menarik ramai orang dan merupakan sasaran bagi pengganas.



"Latihan hari ini menyediakan peluang bagi agensi Home Team untuk bekerjasama dengan LTA dan pengendali pengangkutan awam bagi meningkatkan usaha pengurusan krisis mereka, dan menjalin kerjasama lebih rapat," ujar ACP Koh.



Ketua rel SBS Transit, Encik Leong Yim Sing berkata latihan itu membantu pihaknya menyesuaikan persediaan kecemasannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >