Masagos: Asatizah perlu miliki semangat waja banteras ajaran ekstrem, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Masagos: Asatizah perlu miliki semangat waja banteras ajaran ekstrem

Beliau sertai sambutan jubli perak pusat jagaan kanak-kanak Iyad Perdaus
Nov 05, 2018 | 05:30 AM

ASATIZAH hari ini perlu bersikap berani dan bersemangat waja dalam membanteras ancaman-ancaman yang bertentangan dengan ajaran Islam, tekan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Memberikan contoh, beliau menukil keberanian yang ditonjolkan pemimpin perintis Perdaus, Allahyarham Ustaz Embek Ali, dalam usahanya membanteras ajaran sesat dulu.

"Ini satu petanda bahawa kita sebagai pendakwah harus berani mengatasi masalah baru yang bertentangan dengan cara kita menjalankan agama kita, mentelah lagi kini muncul pula ajaran ekstrem yang menggalak keganasan," ujarnya.

Encik Masagos, yang pernah menerajui pucuk pimpinan Perdaus, berkata kesinambungan kepimpinan yang baik juga amat diperlukan.

"Ini diperlukan supaya apa yang telah diwariskan golongan perintis akan terus dipikul dan dilaksana dengan baik oleh pemimpin baru," ujarnya.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, tegas Encik Masagos, ini sahaja tidak mencukupi kerana badan-badan Melayu/Islam di sini seperti Perdaus harus terus membuat penyesuaian agar kekal relevan dalam perubahan hari ini.

Encik Masagos berkata demikian semasa majlis sambutan jubli perak pusat jagaan kanak-kanak Iyad Perdaus, di Orchid Country Club, semalam.

Dalam mengharungi arus perubahan, Encik Masagos dalam ucapannya, memuji usaha Iyad Perdaus yang berjaya memperolehi tanda mutu Rangka Kerja Pentauliahan Prasekolah Singapura (Spark) bagi ketiga-tiga pusat jagaan kanak-kanaknya di Jurong East, Chua Chu Kang dan Hougang.

"Sekitar separuh prasekolah di Singapura telah menerima tanda mutu ini dan Iyad seharusnya berbangga kerana ia merupakan antara prasekolah dalam kumpulan ini," tambahnya.

Di samping itu, Encik Masagos menyambut baik usaha Iyad Perdaus menggalak inklusiviti dalam prasekolahnya.

Iyad telah mula menjalankan Program Jagaan Kanak-kanak Bersepadu (ICCP) sejak 2004, yang membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas belajar, bermain dan dijaga bersama kanak-kanak lain.

Tahun lalu juga, Iyad dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk menjalankan program Sokongan Pembelajaran dan Pembangunan.

Ia menawarkan campur tangan awal dan melengkapi pelajar dengan kemahiran pembelajaran serta pembangunan agar lebih bersedia sebelum memasuki sekolah rendah.

Menjelaskan, Presiden Perdaus, Encik Safarin Amerudin berkata kini sudah ada 30 pelajar dan lima guru dalam program tersebut.

"Kami akan terus memperkasa para guru dengan menghantarkan mereka ke sesi latihan selain membangunkan prasarana yang ada untuk menyokong usaha ini," katanya.

Beliau turut berharap untuk mengembangkan Iyad Perdaus kepada lebih banyak cawangan terutama di kawasan seperti Punggol dan Woodlands bagi memenuhi permintaan yang meningkat.

"Buat masa ini, senarai menunggu pelajar agak ramai dengan ada di kalangan mereka merupakan pelajar berkeperluan khas.

"Namun dalam melakukan demikian, kita mahu memastikan mutu pendidikan yang diberikan tidak terjejas meski dengan adanya tambahan kepada jumlah cawangan," ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map