Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Badan seperti RKM sedia sekitaran selamat bagi perkasa kanak-kanak

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau gembira terdapat tempat seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) yang menyediakan sekitaran selamat bagi membimbing dan memperkasa kanak-kanak mengatasi cabaran kehidupan.



Pada masa yang sama, sumber dan sokongan masyarakat disediakan kepada keluarga kanak-kanak itu bagi membantu mereka menyesuaikan diri semula kepada kehidupan di samping keluarga.



Encik Masagos berkata demikian semasa melawat RKM bagi meraikan pencapaian para penghuni di situ bersama keluarga mereka.



Menulis di Facebook, Encik Masagos berkata beliau terkesan dengan kisah Dan (bukan nama sebenar), seorang bekas penghuni MWH yang lulus dengan sijil Nitec dalam Sekitaran Binaan (Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal) dengan keputusan GPA 4.



Dan, yang menerima Biasiswa Al Fatih RKM, menumpang teduh di rumah kebajikan itu setelah keluarganya tidak dapat menyediakan penjagaan yang baik baginya.



Biasiswa Al Fatih diperkenalkan pada 2012 dan disampaikan kepada bekas penghuni yang mengikuti pengajian pos menengah. Biasiswa itu boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengajian mereka seperti yuran atau keperluan sekolah.



"Selama empat tahun di RKM, Dan dengan berani menyesuaikan diri dengan sekitaran baru disokong oleh bimbingan kakitangan di sini dan beliau lekas membuat ramai kawan baru dengan para penghuni lain.



"Hasil sikapnya yang positif, tuisyen dan sokongan emosi yang disediakan RKM, Dan mencapai kelakonan baik dalam pengajiannya untuk layak mengikuti kurus Nitec Tinggi dalam Pengurusan Prasarana," tulis Encik Masagos.



Lawatan itu juga merupakan acara rasmi terakhir di bangunan RKM di Bedok sebelum ia berpindah ke bangunan baru yang terletak di Elias Road di kawasan Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >