Masagos bakal ketuai delegasi Singapura ke mesyuarat haji di Arab Saudi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Masagos bakal ketuai delegasi Singapura ke mesyuarat haji di Arab Saudi

Dec 23, 2018 | 04:12 PM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan mengetuai delegasi Singapura ke Mesyuarat Menteri Haji tahunan di Arab Saudi bermula esok hingga Jumaat (24 hingga 28 Disember). 

Di sana, beliau akan bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten, kata kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). 

Mereka akan membincangkan aturan bagi jemaah Singapura dan perihal lain bagi musim Haji awal Ogos tahun depan. 

Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, akan bertemu Penasihat kepada dua masjid suci di sana dan Gabenor Wilayah Makkah Al Mukarramah, Putera Khaled Al Faisal bin Abdulaziz Al Saud dan Gabenor Wilayah Al Madinah Al Munawarrah, Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud semasa lawatan lima harinya. 

Di Madinah, beliau juga dijadualkan bertemu pelajar Singapura dan mendekati mereka dalam satu sesi dialog. 

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Lawatan itu merupakan Mesyuarat Menteri Haji pertama Encik Masagos sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map