Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos bangga daya tahan masyarakat bangkit daripada krisis

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



TAHUN 2020 merupakan tahun yang amat mencabar bagi masyarakat Melayu/Islam, seperti juga yang dihadapi rakyat Singapura lain.



Namun, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata keupayaan masyarakat bangkit semula daripada krisis harus dibanggakan.



"Saya bersyukur dan bangga dengan ketabahan dan daya tahan masyarakat Melayu/Islam dalam menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan norma-norma baru.



"Sedang kita mengharungi masa-masa mencabar ini, saya harap semangat bersatu padu dan daya tahan masyarakat Melayu/Islam akan terus mekar di tahun 2021 dan seterusnya," tulisnya di Facebook semalam.



Menurut Encik Masagos, beliau dan pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain seperti Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Zaqy Mohamad, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Encik Mohd Fahmi Aliman dan Cik Rahayu Mahzam, telah mengimbas kembali pencapaian masyarakat tahun ini dengan pihak media baru-baru ini.



Mereka turut berkongsi kemajuan inisiatif yang diperkenalkan untuk menyokong masyarakat semasa wabak Covid-19 dan program yang diterajui M3.



Dr Maliki, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), juga dalam Facebooknya berkata untuk memastikan masyarakat terus maju dalam pendidikan, pemerintah akan menyokong anak-anak dan keluarga muda dengan asas kuat, terutama yang berasal dari latar belakang kurang bernasib baik melalui program Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (UPLIFT).



Sehingga akhir November tahun ini, UPLIFT telah memberi manfaat kepada lebih 100 pelajar dari sekitar 80 keluarga.



"Kami akur setiap anak adalah aset kepada masyarakat dan negara dan akan menggilap potensi setiap anak ke tahap setinggi mungkin," katanya.



Dr Faishal pula berkata sejak pandemik Covid-19 tercetus, badan Melayu, pemimpin masyarakat, karyawan dan juga asatizah telah menggembleng tenaga menyokong dan membantu masyarakat dalam menyesuaikan diri terhadap norma baru.



Kepimpinan kukuh dari M3 juga membantu masyarakat terutama dalam menghadapi krisis Covid-19.



Memandang ke hadapan, M3 akan terus menyokong kemajuan masyarakat.



Pemimpin Melayu/Islam akan terus bekerjasama dengan pemimpin dan rakan kongsi masyarakat dalam bidang-bidang tertentu demi membantu masyarakat mengharungi norma baru pada 2021. Ini termasuk dalam membina keluarga lebih kukuh, institusi agama lebih kuat dan membina tenaga kerja berdaya tahan.



"Kami mengalu-alukan sokongan anda dalam mengharungi 2021 dan seterusnya bersama," tulis Dr Faishal.




"Saya bersyukur dan bangga dengan ketabahan dan daya tahan masyarakat Melayu/Islam dalam menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan norma-norma baru.



"Sedang kita mengharungi masa-masa mencabar ini, saya harap semangat bersatu padu dan daya tahan masyarakat Melayu/Islam akan terus mekar di tahun 2021 dan seterusnya."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatan di Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >