Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos bangga dengan pencapaian IB pelajar madrasah

Jan 05, 2022 | 09:52 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bangga dengan pencapaian akademik para pelajar madrasah.



Ini terutama lagi kerana mereka perlu mengimbangi mata pelajaran sekular dan ukhrawi.



Dalam satu catatan di Facebook di mana beliau mengucapkan tahniah kepada graduan yang telah menerima keputusan International Baccalaureate (IB) semalam (4 Jan), Encik Masagos menulis:



"Saya juga amat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar madrasah kita. Kelas 2021 Madrasah Aljunied Al-Islamiah telah menunjukkan prestasi cemerlang.



"Madrasah Aljunied, sebagai satu-satunya madrasah di dunia bertaraf Sekolah Dunia IB, telah mempersiapkan kohort kedua pelajar mereka dengan baik – kesemua 16 orang pelajar madrasah dianugerahkan Diploma Dwibahasa dalam program IB.



"Purata markah yang dicapai oleh Madrasah Aljunied ialah 39.69, lebih tinggi daripada purata markah global 32.39 pada 2021."



Beliau menambah bahawa keputusan cemerlang pelajar madrasah menunjukkan bahawa kedua-dua pendidikan sekular dan ukhrawi bermutu boleh ditawarkan pada masa yang sama.



"Pencapaian akademik ini memperlihatkan bagaimana Madrasah Aljunied – yang sudah terkenal di rantau ini sebagai pusat pengajian Islam yang cemerlang dan telah melahirkan ramai lulusan yang terkenal –  kekal cemerlang dan boleh menawarkan pendidikan Islam serta pendidikan sekular bermutu yang diperlukan untuk masyarakat moden hari ini.



"Harapan saya mereka menjadi pemimpin agama masa depan untuk masyarakat Islam Singapura," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >