Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos bertemu pelajar Singapura di Arab Saudi

Dec 29, 2018 | 08:14 PM



GOLONGAN asatizah menggalas tanggungjawab membimbing masyarakat Melayu/Islam dalam konteks Singapura yang berbilang bangsa di samping mengajar nilai-nilai seorang Muslim yang terpuji.



Di samping itu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, juga menggalak asatizah muda agar merintis jalan ke arah transformasi dan perubahan yang lebih baik dalam menyampaikan dakwah.



Dalam posnya di Facebook selepas bertemu pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Islam Madinah dan Universiti King Saud hari ini (29 Dis), Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata:



“Selain mengajar nilai-nilai seorang Muslim yang terpuji, contohnya berbaik sesama jiran ataupun memelihara kehijauan alam sekitar, asatizah juga perlu berusaha mencipta ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan bukan sekadar mengitar semula ilmu sedia ada.



“Saya menggalak asatizah muda kita agar sentiasa memotivasi diri dan merintis jalan ke arah transformasi dan perubahan yang lebih baik dalam menyampaikan dakwah.’’



Beliau berada di Arab Saudi dari Selasa untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Haji sejak dilantik menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, awal tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >