Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Covid-19 tidak merebak, jemaah haji S'pura jaga diri

Jul 08, 2022 | 04:05 PM



VIRUS Covid-19 tidak merebak dalam kalangan jemaah haji Singapura meskipun mereka tinggal dekat dengan satu sama lain, dengan jemaah menjaga diri mereka dengan baik, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.





Ini meskipun terdapat 30 jemaah haji Singapura yang telah diuji positif bagi Covid-19 di Arab Saudi.





Meskipun segelintir mereka telah pulih, kesemuanya telah dibenarkan pihak berkuasa negara itu untuk menyertai jemaah haji Singapura yang lain untuk melaksanakan wukuf di Arafah kerana mereka mengalami gejala ringan, kata Encik Masagos.

Ini termasuk seorang jemaah yang mengalami gejala lebih teruk sedikit, yang akan dibantu pihak berkuasa Arab Saudi untuk melakukan wukuf dan membuat perjalanan ke Muzdalifah dan Mina bagi tahap ibadah haji yang seterusnya.





Berkongsi perkembangan terkini, Encik Masagos, yang mengetuai rombongan haji Singapura tahun ini, berkata jemaah Singapura mengambil langkah berjaga-jaga, seperti menggunakan pelitup muka dan mengawal interaksi mereka dengan baik, dalam usaha menjaga kesihatan mereka.





“Alhamdulillah, sama-sama kita menjaga kesihatan, langkah-langkah untuk menjauhi daripada jangkitan Covid-19. Jumlah yang dijangkiti begitu kecil sekali, 30 sahaja, dan semua dengan gejala ringan yang dapat izin untuk wukuf di Arafah,” kata beliau, yang kini berada di Arafah.





Seramai 900 jemaah Singapura berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >