Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos dedah saranan perangi masalah dadah di kalangan belia

Jun 26, 2015 | 11:10 AM



PASUKAN Bertindak mengenai Belia dan Dadah mendedahkan saranan bagi memerangi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan belia.


Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Encik Masagos Zulkifli yang mempengerusikan pasukan bertindak itu mengumumkan antara saranan tersebut termasuk usaha menghapuskan mitos tentang ganja, mempertingkat pendidikan pencegahan dadah, memperluas program pemulihan bagi penyalahguna dadah muda dan membina sebuah masyarakat menentang penyalahgunaan dadah.


Langkah ini lebih-lebih lagi penting sedang Singapura menghadapi trend baru dalam hal ini.


"Kami bertuah situasi dadah keseluruhan di Singapura tetap terkawal, tetapi kami juga memerhatikan beberapa trend membimbangkan.


"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah memberkas lebih ramai penyalahguna dadah bawah 30 tahun.


"Biro Narkotik Pusat (CNB) juga melihat lebih banyak kes kelompok dadah di kalangan belia," kata Encik Masagos semasa berucap di majlis pelancaran Karnival Anti Penyalahgunaan Dadah di Pusat Konvensyen Suntec pagi tadi.


Tambahnya, kebanyakan penyalahguna dadah belia ini juga mengambil ganja kerana fikir ia tidak berbahaya.


Malah, profil mereka juga telah berubah dengan lebih ramai daripada mereka berasal daripada keluarga kelas pertengahan dan mencapai prestasi baik di sekolah kini, kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >