Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos di Arab Saudi, bincang kuota haji

Dec 27, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, tiba di Arab Saudi kelmarin untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Haji tahunan.



Mesyuarat itu adalah yang pertama bagi Encik Masagos sejak menyandang jawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Mei lalu.



Antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah kuota haji bagi jemaah Singapura serta persiapan bagi musim haji tahun depan, kata Encik Masagos dalam satu pos Facebook kelmarin.



"Kami berharap untuk memeterai perjanjian dengan pelbagai agensi Saudi yang mengendali ehwal Haji bagi jemaah Singapura.



"Mohon doa semua agar semua atur cara dan perbincangan berjalan lancar, Insya- Allah," tulis Encik Masagos.



Beliau juga dijadual menemui Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Mohammed Saleh Taher Benten, serta para pegawai kanan penguasa urusan haji dan umrah Saudi yang lain.



Dalam lawatan itu, Encik Masagos turut ditemani Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar; Timbalan Ketua Eksekutif, Encik Esa Masood; dan pegawai kanan Singapura yang lain.



Setibanya rombongan Singapura di Arab Saudi, mereka disambut mesra oleh Duta Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad Saleh Al Saleh, kata Encik Masagos.



"Seperti mana Nabi Ibrahim (as) memberi layanan mesra pada tetamu-tetamunya, Duta Al Saleh terbang dari Riyadh ke Jeddah untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi Singapura," ujar Encik Masagos.



Encik Saleh juga menjamu rombongan Singapura itu dengan sajian makanan tradisional Saudi.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, turut dijadual menziarahi Penasihat kepada dua masjid suci di sana dan Gabenor Wilayah Makkah Al Mukarramah, Putera Khaled Al Faisal bin Abdulaziz Al Saud, dan Gabenor Wilayah Al Madinah Al Munawarrah, Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud semasa lawatan lima harinya itu.



Di Madinah pula, beliau juga dijadualkan bertemu pelajar Singapura dan berbincang dengan mereka dalam satu sesi dialog.



Dalam musim haji tahun ini, seramai 900 jemaah telah mendapat tempat di bawah kuota rasmi baru Singapura, setelah negara ini menerima tambahan 100 tempat haji daripada kerajaan Arab Saudi, berbanding 800 pada tahun lalu.



Dari 2012 hingga 2016, Singapura diberikan kuota haji sebanyak 680 setahun disebabkan projek peningkatan dan pembangunan di kawasan Masjidil Haram, terutama peluasan kawasan Matif.



Pada Ogos lalu, Encik Masagos dan Encik Saleh memberitahu media Singapura mereka berharap kuota haji Singapura akan ditambah tahun depan.



Encik Saleh waktu itu berkata pihaknya sedang berbincang dengan Muis mengenai hal tersebut.



Menurut Penguasa Statistik Arab Saudi, hampir 2.4 juta jemaah menunaikan haji tahun ini, termasuk 1.7 juta jemaah asing.



"Kami berharap untuk memeterai perjanjian dengan pelbagai agensi Saudi yang mengendali ehwal Haji bagi jemaah Singapura. Mohon doa semua agar semua atur cara dan perbincangan berjalan lancar, Insya-Allah.''




"Seperti mana Nabi Ibrahim (as) memberi layanan mesra pada tetamu-tetamunya, Duta Al Saleh terbang dari Riyadh ke Jeddah untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi Singapura."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >