Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Masagos gariskan 3 ancaman keselamatan utama Asia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masagos gariskan 3 ancaman keselamatan utama Asia

Ervina Mohd Jamil
Apr 15, 2015 | 11:10 AM

MENTERI Kedua (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggariskan tiga ancaman keselamatan utama yang dihadapi rantau Asia Pasifik.

Ini adalah jenayah tradisional yang terus wujud seperti perdagangan manusia serta pengedaran dan penghasilan dadah; ancaman pengganasan yang meningkat; dan jenayah menerusi wadah siber.

Oleh itu semua negara harus bersatu dalam usaha memerangi kegiatan jenayah dengan menjalankan kerjasama dua hala dan berbilang hala.

Encik Masagos yang juga Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata demikian semasa berucap di Persidangan Serantau Asia (ARC) pagi tadi.

Encik Masagos menarik perhatian bahawa agensi penguatkuasaan undang-undang perlu berwaspada akan ancaman yang wujud itu bagi melindungi keselamatan dan kestabilan rantau ini selain memerangi serangan pengganas dengan berkesan meskipun ekonomi Asia Pasifik terus menikmati pertumbuhan pesat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3