Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos gembira dapat temu, ramah mesra bersama bakal jemaah haji

Jun 18, 2022 | 06:10 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melahirkan rasa gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan kira-kira 400 bakal  jemaah haji Singapura pada pagi Sabtu (18 Jun) di satu majlis taklimat sebelum keberangkatan anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)  di Max Atria, Singapore Expo.





Menulis dalam satu catatan di laman Facebook pada Sabtu, beliau berkata: 





“Alhamdulillah, selepas dua tahun tertunda ekoran pandemik Covid-19, saya bersyukur jemaah Singapura kini berpeluang melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

“InsyaAllah, sebagai ketua delegasi Singapura bagi musim haji tahun ini, saya akan berusaha memastikan perjalanan haji kita berjalan lancar, dan selamat.





“Bagi pihak Singapura, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas sokongan padu dan kerjasama erat yang diberikan kepada jemaah kita untuk menyempurnakan rukun haji di Tanah Suci.”





Muis, kata beliau,  pula sedang bekerja keras untuk mengatur logistik yang diperlukan, termasuk sokongan perubatan dan urusan pentadbiran bagi jemaah  agar mereka dapat menikmati pengalaman sebaik mungkin.





Encik Masagos juga mengumumkan bahawa tahun ini, Muis akan melancarkan aplikasi baru PilgrimSG.





“Menerusi aplikasi ini, jemaah Singapura boleh dapatkan khidmat seperti membuat temu janji untuk bertemu doktor di Tanah Suci atau menerima maklumat terkini terutama sekali dalam waktu kecemasan.

“InsyaAllah, aplikasi ini berguna bagi jemaah kita dan kami mengalu-alukan maklum balas agar pengalaman haji jemaah dapat terus dipertingkatkan,” ujar beliau.





Selain itu, Encik Masagos turut menarik perhatian bahawa kesihatan adalah satu perkara yang harus diutamakan lebih-lebih lagi semasa musim haji.





“Disebabkan itu, saya menggesa semua jemaah untuk mendapatkan suntikan bagi meningitis, influenza dan pneumococcal. Ini adalah tambahan selain vaksin Covid-19 yang diperlukan sebelum kita berangkat.





“Pastikan anda terus berwaspada, menjaga kebersihan dan kesihatan serta hadkan interaksi sosial agar keberangkatan anda tidak terhalang.

“Saya  mengalu-alukan pertemuan kita di Tanah Suci, untuk menyempurnakan ibadah haji bersama, insyaAllah,” tulisnya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >