Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos gesa asatizah pertingkat kemahiran demi kemajuan kerjaya

Anjuran semasa pertemuan Menteri bersama penuntut S'pura di Arab Saudi
Jan 23, 2020 | 05:30 AM



MEMANDANGKAN jangkaan terhadap asatizah semakin meningkat, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa asatizah baru dan muda terus mempertingkat kemahiran untuk memajukan prospek kerjaya mereka.



Beliau berkata demikian dalam kiriman Facebooknya menyusuli pertemuannya dengan para pelajar Singapura yang sedang menuntut di Arab Saudi, kelmarin.



Encik Masagos berada di Arab Saudi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Haji tahunan.



Dalam pertemuan itu, Encik Masagos berkata dengan mempertingkatkan kemahiran, pelajar dapat memperbaiki kandungan keagamaan mengikut konteks dan disampaikan agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Melayu/Islam yang kian berubah.



"Saya gembira para pelajar kita memahami rasional adanya Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) dan jangkaan yang semakin meningkat dalam kalangan asatizah di Singapura.



"Pemimpina agama kita memikul tanggungjawab membangunkan keperibadian masyarakat dan memastikan kita merupakan anggota masyarakat yang menyumbang," tulisnya.



Beliau turut menbincangkan antara lain peranan dan cabaran asatizah dalam masyarakat di Singapura ditengah-tengah ekonomi digital serta landskap sosio-agama yang kian mencabar dan meluas.



"Saya harap pelajar kita akan kembali dan menjadi contoh yang baik buat masyarakat Melayu/Islam kita sebagai Masyarakat Yang Gemilang," katanya.



Encik Masagos menambah perbincangan dengan pelajar itu berjalan dengan baik, dan mengucapkan terima kasih kepada Saudi Arabia di atas layanan baik mereka sepanjang lawatannya itu.




"Saya gembira para pelajar kita memahami rasional adanya Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) dan jangkaan yang semakin meningkat dalam kalangan para asatizah di Singapura. Pemimpina agama kita memikul tanggungjawab membangunkan keperibadian masyarakat dan memastikan kita merupakan anggota masyarakat yang menyumbang."
- Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >