Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos gesa karyawan tampil sokong M³

Aug 25, 2018 | 05:30 AM



KARYAWAN Melayu/Islam, seperti guru pakar dan anggota tentera kanan, dialu-alukan tampil ke hadapan untuk menyumbang kepada rangkaian M kuasa tiga (M³) - Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Mesra - dalam usaha memperkasa dan mempertingkat masyarakat.



Dalam satu dialog pasca Rapat Hari Kebangsaan (NDR) semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata kekuatan dan kebolehan golongan itu boleh dimanfaatkan, dengan satu wadah akan disediakan supaya golongan sedemikian dapat memberi sumbangan.



Selain menyumbang kepada M³, beliau berkata mereka juga bergiat aktif di luar rangkaian tersebut, misalnya dengan menjadi mentor kepada anak-anak muda di sekolah.



"Selama beberapa bulan, kami telah mengumpulkan tenaga beberapa karyawan daripada tentera, polis, peniaga, pendidik dan juga karyawaan dari sektor swasta yang sudah bersedia bekerjasama dengan kami untuk melakarkan program yang akan menggabungkan kekuatan M³.



"Setelah ini, kami juga akan melakarkan program yang akan dilakukan.



"Ini akan memakan waktu sedikit tetapi tidak begitu lama dan kami akan menyampaikan juga program berbentuk nasional yang akan dilakukan badan-badan M³ di tempat yang lebih ramai orang Melayu untuk tumpuan sementara ini dan kemudian ditebarkan di merata Singapura," kata beliau selepas dialog.



Dialog itu, yang turut disertai Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, adalah yang pertama dalam siri tiga sesi dialog pasca NDR anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Sekitar 180 peserta hadir di sesi dialog di Wisma Geylang Serai (WGS) itu, yang terdiri daripada ketua akar umbi Melayu, wakil badan Melayu/Islam dan belia dari institut pengajian tinggi, untuk membincangkan ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di NDR dan kesannya ke atas masyarakat Melayu/Islam.



Pelbagai soalan diutarakan peserta, termasuk soal perumahan, kos kesihatan, pendidikan dan kos sara hidup.



Antaranya adalah soalan tentang mengapa pakej Generasi Merdeka diperkenalkan.



Pakej itu akan menawarkan subsidi dan bantuan jagaan kesihatan kepada warga Singapura yang lahir dalam tahun 1950an.



Encik Amrin berkata pakej itu bertujuan mengiktiraf generasi pasca kemerdekaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan negara.



"Pakej ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka … dan kos kesihatan antara perkara yang membimbangkan generasi itu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >