Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos gesa lebih ramai ibu bapa daftar anak dapatkan vaksin

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 10,000 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam.



Sementara itu lebih 16,000 kanak-kanak golongan usia tersebut telah mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin, meningkat lebih tiga kali ganda berbanding jumlah 5,000 yang dilaporkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) lebih dua minggu lalu.



Hingga 23 Januari lalu, hampir 160,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin mereka dan lebih 13,000 kanak-kanak telah menerima dos kedua.



Meskipun jumlah tersebut menggalakkan, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa supaya lebih ramai ibu bapa mendaftarkan anak mereka untuk menerima vaksin tersebut jika mereka layak.



"Kami menghormati pilihan ibu bapa dan memahami keprihatinan mereka, tapi dengan lebih ramai kanak-kanak yang menerima vaksin ini, lebih banyak bukti akan keselamatannya dan seperti yang disebut tadi, lebih 10,000 telah menerima vaksin ini.



"Ini akan menambah keyakinan ibu bapa lain untuk memastikan anak kecil mereka juga menerima vaksin," kata Encik Masagos.



Tambahnya, memastikan kanak-kanak divaksin bukan hanya dapat melindungi mereka tetapi juga melindungi orang sekeliling mereka, terutama sekali warga emas.



Beliau berkata demikian selepas mengunjungi pusat vaksinasi kanak-kanak yang terletak di Our Tampines Hub (OTH) semalam.



Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kini boleh ke mana-mana pusat vaksinasi pediatrik bersama ibu bapa mereka bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa perlu membuat janji temu.



Aturan baru itu hanya bagi Isnin hingga Khamis.



Mereka yang mahu ke pusat vaksinasi dari Jumaat hingga Ahad perlu membuat janji temu.



Menyentuh tentang aturan tersebut, Encik Masagos berkata meskipun 'walk-ins' dibenarkan, bekalan vaksin yang disediakan bagi setiap sesi juga perlu dipertimbangkan.



"Kami tidak ingin mempersiapkan bekalan yang terlalu banyak berbanding apa yang diperlukan.



"Untuk itu, kita perlu merancang dengan lebih baik, dengan sebahagian yang datang sebagai 'walk-ins' dan sebahagian melalui tempahan.



Semasa kunjungan tersebut, Encik Masagos turut disertai Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



"Pusat vaksinasi untuk kanak-kanak telah direka dengan tujuan untuk mengurangkan rasa resah di kalangan kanak-kanak," kata Cik Sun.



Menurutnya, rakan kongsi masyarakat MSF, Families for Life (FFL) telah mengagihkan habuan seperti kit mewarna dan penanda buku kepada kanak-kanak di pusat vaksinasi pediatrik di OTH dan bakal melanjutkan inisiatif itu ke pusat vaksinasi lain.



Jurucakap FFL, Encik Albert Lim berkata: "Kami berharap dengan habuan yang diberikan ini, mereka dapat melakukan aktiviti yang disediakan dan membantu mereka menghilangkan rasa gerun atau resah untuk menerima vaksin."



Salah seorang kanak-kanak yang telah menerima suntikan itu semalam adalah Luna Altthea Rohaizad, enam tahun.



Ibunya Cik Suzilawati Mohd Amin, 40 tahun, berkata beliau memutuskan untuk mendaftarkan anaknya untuk menerima vaksin bukan sahaja untuk melindungi anaknya, tetapi juga ibu bapa beliau yang tinggal bersama mereka.



"Memang pada awalnya saya bimbang juga jika beliau mengalami sebarang alahan atau kesan sampingan, tapi bila saya pertimbangkan manfaatnya, memang lebih baik ambil sekarang," katanya.




"Kami menghormati pilihan ibu bapa dan memahami keprihatinan mereka, tapi dengan lebih ramai kanak-kanak yang menerima vaksin ini, lebih banyak bukti akan keselamatannya dan seperti yang disebut tadi, lebih 10,000 telah menerima vaksin ini. Ini akan menambah keyakinan ibu bapa lain untuk memastikan anak kecil mereka juga menerima vaksin."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >