Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Masagos gesa warga emas lebih waspada sedang jangkitan meningkat

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



DI tengah-tengah lonjakan jumlah kes Covid-19 dalam masyarakat, semakin penting bagi warga emas mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi diri daripada terkena virus Covid-19, kata Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini termasuk mengurangkan interaksi sosial, memakai pelitup dengan betul dan mendapatkan vaksinasi, kata beliau. Warga emas juga boleh ke laman Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mendapatkan buku aktiviti yang disediakan bagi membantu mereka terus aktif di rumah.



Encik Masagos berkata demikian dalam satu pos di Facebook semalam. Beliau berkata warga emas mempunyai risiko tinggi mengalami komplikasi kesihatan sekiranya dijangkiti Covid-19, terutama jika mereka tidak divaksinasi.



Bagi terus melindungi warga emas, beliau menggesa mereka yang sudah divaksinasi mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19.



"Bagi warga emas yang sudah mengambil dua dos, kami secara bertahap-tahap menjemput mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua mereka.



"Mesej SMS dengan pautan tempahan peribadi akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah mereka daftarkan sebelumnya bagi dua dos pertama mereka, untuk mereka membuat janji temu baru dalam talian," kata Encik Masagos.



Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata penghuni kemudahan jagaan warga emas layak juga boleh menanti untuk menerima dos penggalak.



Mengulas mengenai nasihat yang dikeluarkan oleh AIC agar jangan kerap keluar rumah dan mengelakkan tempat sesak, Encik Masagos berkata AIC telah menyediakan aktiviti bagi warga emas untuk terus aktif di rumah.



"Untuk membantu, AIC menyediakan buku aktiviti kecil mengandungi aktiviti berasaskan seni yang boleh dimuat turun dan dicetak sebagai kertas aktiviti untuk warga emas kami lakukan dengan bantuan pengasuh dan orang tersayang.



"Setiap buku kecil bertema nostalgia, dan memberi tumpuan pada makanan dan tempat-tempat yang tidak asing lagi bagi warga emas kita," katanya.



Buku kecil ini boleh dimuat turun di laman web AIC di www.aic.buzz/activity-booklets.



"Saya menggesa warga emas supaya ke hadapan untuk mendapatkan vaksin atau mengambil suntikan penggalak," kata beliau.



Mereka yang memerlukan sebarang bantuan atau sokongan untuk mendapatkan vaksin boleh menghubungi AIC di 1800-650-6060.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >