Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Guru Bahasa Melayu guna cara baru pupuk minat

Sampaikan Anugerah Guru Arif Budiman kepada tiga penerima
Dec 20, 2020 | 05:30 AM



GURU-GURU Bahasa Melayu alaf baru telah menunjukkan semangat jitu untuk membentuk golongan Melayu yang berinovatif dan mempunyai semangat untuk mempertingkatkan diri, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad,



Bagi melengkapi anak didik mereka dalam abad ke-21, mereka menggunakan pendekatan baru seperti teknologi baru seperti realiti terimbuh (AR) dan sistem pengekodan bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik.



Berkata demikian semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata demikian semasa majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2020 di auditorium ibu pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) di Buona Vista semalam.



Beliau menyampaikan piala berbentuk sireh kepada tiga penerima Agab 2020 - Cik Elna Hussin, Cik Nur Syahirah Sa'adon dan Cik Siti Rohani Hanim Selamat.



"Guru-guru Bahasa Melayu alaf baharu berwawasan dan mempunyai semangat jitu untuk membentuk golongan Melayu baharu yang berinovatif dan mempunyai semangat pertingkatkan diri. Pada masa sama, bahasa serta budaya Melayu tidak dilupai malahan dipaut erat agar nilai-nilai kita tidak dilupakan. Saya bangga atas sumbangan para pendidik kita,'' kata beliau.



Beliau menambah bahawa penerima Agab 2020 yang ketiga mahir menggunakan teknologi dalam menyediakan pengalaman pengajaran yang memikat anak didiknya secara efektif.



Contohnya, Cik Siti Rohani Hanim, guru di Sekolah Menengah Fuhua, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) dan sistem pengekodan untuk membina kemahiran abad ke-21 serta memupuk sifat ingin tahu dalam diri anak didiknya.



Cik Siti menjadi penerima Agab bagi kategori Perangsang (bagi guru dengan kurang 10 tahun pengalaman).



"Para penerima Agab merupakan guru-guru cemerlang yang telah menyumbang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, melestarikan dan memajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan, serta memberikan khidmat pada masyarakat.



"Mereka merupakan suri teladan kepada rakan guru, anak didik dan ahli masyarakat lainnya," ujar Encik Masagos.



Pun begitu, begitu akur, mendidik generasi seterusnya bukanlah hanya tugas dan tanggungjawab guru semata.



Menggunakan pepatah 'sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk', Encik Masagos berkata ibu bapa turut memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak muda.



"Usaha pendidik kita tidak akan membuahkan hasil jika tidak disambut sama oleh ibu bapa," katanya.



Cik Elna, guru di Sekolah Rendah Westwood, telah menerima Agab bagi kategori Teladan (bagi guru dengan lebih 10 tahun pengalaman) sementera Cik Syahirah, guru di Sekolah Rendah West View, juga menerima Agab bagi kategori Perangsang (bagi guru dengan kurang 10 tahun pengalaman).



Mereka turut menerima sijil pencapaian dan peluang menyertai program pembangunan profesional yang ditaja sepenuhnya.



Lima lagi guru Bahasa Melayu - Cik Hannah Nadhirah Lokman, Cik Diana Mohamed Mazlan, Encik R Azmann A Rahman, Cik Nuraini Ismail dan Cik Aszrina Tugiman merupakan finalis Agab tahun ini.



Sebanyak 367 nominasi bagi 108 guru diterima dari Februari hingga Mei tahun ini.



Majlis penyampaian Agab 2020 semalam diadakan secara hibrid dengan hampir 200 individu menyaksikan acara tersebut secara dalam talian menerusi wadah Zoom dan Facebook Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Agab dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan MLLPC.




Laporan lanjut: Erti Arif Budiman bagi tiga guru yang menerima Agab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >