MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menghadiri dua mesyuarat di Hanoi, Vietnam, selama dua hari mulai hari ini.
Encik Masagos akan menghadiri Mesyuarat Menteri Asean mengenai Sekitaran yang ke-13 (AMME Ke-13) dan Mesyuarat Persidangan Parti kepada Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan yang ke-11 (COP-11).