Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos hargai SGTeguhBersatu bantu masyarakat hadapi pandemik

May 09, 2021 | 05:30 AM



PENUBUHAN Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu (SGTB) sekitar setahun lalu telah membantu dalam mendekati golongan khusus dalam masyarakat seperti mereka yang sedang mencari pekerjaan, peniaga, keluarga yang kurang berkemampuan dan individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.



Memberikan penghargaannya, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata kolaborasi antara inisiatif M Kuasa Tiga (M³) pelbagai pertubuhan Melayu/Islam lain serta NTUC telah banyak memanfaatkan masyarakat, agar mereka mampu menjalani masa-masa sukar ini dengan lebih baik lagi.



“Saya amat bangga dengan pencapaian SGTB sejauh ini. Ramai di antara kita telah meraih faedah daripada usaha-usaha sepadu anggota SGTB, menolong kita menyesuaikan diri dengan lebih baik sepanjang pandemik ini,” tulisnya di Facebook.



Badan-badan seperti Mendaki Sense, SMCCI dan NTUC, menurut Encik Masagos, telah menyingsing lengan dan membantu pencari kerja dan para peniaga bangkit semula, meningkatkan kemahiran mereka, dan bersiap sedia untuk masa depan yang lebih cerah.



Pada masa yang sama, beliau turut menghargai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) menolong para asatizah perkukuh kemahiran mereka.



Dalam pada itu, Encik Masagos turut menarik perhatian terhadap usaha yang dijalankan dan Angkatan Karyawan Islam (AMP) serta (Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dalam membantu mereka yang terjejas termasuk memberi perhatian kepada kesejahteraan mental mereka.



“Terima kasih anggota SGTB dan badan-badan Melayu/Islam yang tampil dan memberi sokongan kepada masyarakat kita dalam masa-masa mencabar ini.



“Kes-kes Covid-19 dalam masyarakat kebelakangan ini menunjukkan wabak ini masih belum berakhir lagi.

“M³ akan terus memperkukuh kerjasama di antara anggota SGTB dan badan-badan Melayu/Islam demi membantu masyarakat kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri kepada norma-norma baru sambil kita bersiap sedia menghadapi era pasca Covid-19,” katanya lagi.



Beberapa anggota SGTB telah memberikan komen mereka menyusuli catatan Encik Masagos itu.



Cik Zarina Yusof, Pengarah Eksekutif AMP berkata menerusi perkongsian dan kemas kini oleh anggota SGTB yang lain, mereka yang terlibat dapat mengelak menduplikasikan program.



“Kita kini boleh memberi tumpuan terhadap kumpulan penerima yang berbeza yang jika tidak, boleh tercicir daripada pandangan,” ujarnya.



Turut menulis di Facebooknya ialah anggota Parlimen Dilantik, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, yang mengajak agar sokongan terus dilanjutkan.



“Pihak NTUC dan kesatuan akan terus menawarkan sokongan bagi anggota yang terjejas dan para pekerja dalam mendapatkan pekerjaan dan agar dapat terus bekerja,” katanya.



Dalam pada itu, mantan presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, yang mewakili persatuan itu dalam pasukan bertindak itu berkata dengan bekerjasama dengan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) yang lain, ia memberi peluang memperkukuh modal sosial dalam masyarakat.



“Usaha kita bekerjasama dengan MMO lain merupakan bukti bahawa dengan bersama kita dapat melakukan lebih banyak lagi.



“PPIS akan terus menyokong inisiatif dan kolaborasi yang akan mempertingkat kehidupan masyarakat,” katanya.



Mendaki juga dalam catatan Facebooknya melahirkan rasa berbesar hati dan bangga dapat bersamasama dalam pasukan bertindak SGTB ini.



“Tahun 2020 merupakan tahun yang tidak menentu. Meski terdapat cabaran, masyarakat kita kekal kukuh dan bersatu,” tulisnya.




“Terima kasih anggota SGTB dan badan-badan Melayu/Islam yang tampil dan memberi sokongan kepada masyarakat kita dalam masa-masa mencabar ini. Kes-kes Covid-19 di dalam masyarakat kebelakangan ini menunjukkan wabak ini masih belum berakhir lagi.

M³ akan terus memperkukuh kerjasama di antara anggota SGTB dan badan-badan Melayu/Islam demi membantu masyarakat kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri kepada norma-norma baru sambil kita bersiap sedia menghadapi era pasca Covid-19.’’

– Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatan di Facebooknya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >