Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILADHA

Masagos hargai sifat Muslim terus bersabar, cekal buat penyesuaian

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh Covid-19 ini, masyarakat Melayu/Islam Singapura telah menunjukkan sifat terpuji dengan terus bersabar dan cekal membuat penyesuaian yang diperlukan.



Antaranya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini di mana pelaksanaan ibadah korban dan haji terpaksa ditunda buat tahun kedua berturut-turut.



Membuat pengamatan demikian dalam catatan Facebook, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akur bahawa masyarakat Melayu/Islam setempat memahami akan sebab di sebalik semua keputusan sukar yang perlu dibuat demi menyelamatkan nyawa dan kesejahteraan negara.



"Semangat berkorban begitu dekat dengan kehidupan rakyat Singapura malah semua penduduk dunia semenjak Covid-19 melanda.



"Bagi masyarakat kita, banyak pengorbanan dan penyesuaian besar yang telah dilakukan dengan begitu tabah terutama dalam amalan beragama kita.



"Ini termasuk reda dengan jumlah ruang solat berjemaah di masjid yang terhad, masjid-masjid kita melaksanakan ibadah korban di luar negara serta penundaan ibadah haji buat tahun kedua berturut-turut," kata Encik Masagos yang juga bersyukur dan bangga dengan kerjasama padu dan daya bingkas masyarakat Melayu/Islam Singapura.



Sedang negara ini berdepan dengan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19, Encik Masagos turut meluahkan kesyukurannya kerana lebih daripada 18,000 jemaah masih diberi kesempatan untuk menunaikan solat Hari Raya Aidiladha berjemaah di 66 masjid sekitar negara.



Beliau berkata jumlah itu amat dihargai, dan merupakan satu peningkatan yang menyerlah terutama jika dibandingkan dengan jumlah terhad sekitar 8,000 ruang solat pada tahun lalu.



Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan solat Aidiladha ini, Encik Masagos berharap mereka tidak bersedih dan sebaliknya menggesa mereka agar mengambil peluang ini menunaikan solat berjemaah bersama keluarga serta mengikuti khutbah Hari Raya Haji yang akan disampaikan Mufti Negara secara langsung menerusi siaran di SalamSG TV.



"Terima kasih kerana berkorban demi memberi jalan dan kesempatan kepada saudara kita yang lain untuk beribadah di masjid. Para asatizah mengingatkan bahawa kesempurnaan ibadah kita tidak kurang walaupun kita melakukannya di rumah," tambah beliau.



Dalam catatannya, Encik Masagos juga telah memberi penghargaan terhadap segala usaha yang dilakukan kakitangan dan sukarelawan masjid dalam membuat persiapan ibadah korban dan solat Aidiladha agar ia dapat berjalan dengan sempurna.



"Marilah kita berdoa agar masjid-masjid kita terpelihara daripada sebarang gejala, jemaah kita sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera dan semoga lebih banyak lagi ruang solat di masjid dapat ditawarkan di masa hadapan," kata beliau lagi.



Encik Masagos sekali lagi mengingatkan masyarakat Melayu/Islam agar terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat demi memastikan kemaslahatan diri, keluarga, saudara-mara serta sahabat-handai terpelihara sedang mereka memperkukuhkan silaturahim sesama mereka.



"Kita bersyukur kerana walaupun perlu menjalankan penyesuaian, syiar Islam terus terpancar sepanjang masa.



"Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan kita dirahmati," ujarnya.




"Semangat berkorban begitu dekat dengan kehidupan rakyat Singapura malah semua penduduk dunia semenjak Covid-19 melanda.



Bagi masyarakat kita, banyak pengorbanan dan penyesuaian besar yang telah dilakukan dengan begitu tabah terutama dalam amalan beragama kita.



Ini termasuk reda dengan jumlah ruang solat berjemaah di masjid yang terhad, masjid-masjid kita melaksanakan ibadah korban di luar negara serta penundaan ibadah haji buat tahun kedua berturut-turut.''
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dalam catatan di Facebook)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >