Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SERANGAN DI NEW ZEALAND

Masagos: Keamanan, keharmonian yang dinikmati tidak boleh diambil ringan

Mar 18, 2019 | 05:30 AM



KEAMANAN dan keharmonian yang dinikmati Singapura hari ini tidak boleh diambil ringan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berhubung kes serangan di Christchurch minggu lalu.



Ditemui wartawan semalam di acara pengumpulan barang derma Projek Ihsan 2019, Encik Masagos berkata Singapura telah berusaha gigih dan lama untuk membina masyarakat yang berpadu hari ini.



Beliau menambah orang ramai harus menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada semua, tidak kira bangsa atau agama.



"Anda tidak boleh mengambil ringan keamanan dan keharmonian yang kita ada di Singapura. Kita mengambil masa yang lama untuk berada di kedudukan yang kita nikmati sekarang. Usaha yang kita lakukan hari ini contohnya, di mana masyarakat Islam memberi barangan terpakai yang digunakan semasa Hari Raya lalu supaya semua orang dapat memanfaatkannya (merujuk kepada Projek Ihsan) adalah langkah pertama bagi mereka menunjukkan keprihatinan. Kita perlu berusaha lebih daripada itu.



"Kita perlu memastikan bahawa keprihatinan dan kasih sayang kita tidak mengambil kira apa jua kepercayaan atau bangsa.



"Dan dalam menjadikan itu satu tabiat kita, budaya kita, kita akan membina sebuah masyarakat yang prihatin, saling menyayangi dan harmoni, dan ia akan menghindari perbuatan membawa kecelakaan dan ganas sedemikian daripada berlaku dalam kalangan kita," kata beliau.



Encik Masagos berkata beliau rasa tersentuh seluruh dunia dan juga masyarakat di sini telah tampil melahirkan simpati mereka terhadap mangsa insiden tembakan itu.



Beliau berkata ia menunjukkan bahawa tiada siapa yang bersikap toleransi terhadap perbuatan pengganasan.



"Ini menunjukkan bahawa tiada siapa pun yang mempunyai toleransi terhadap perbuatan pengganasan ke atas sesiapa, tidak kira sebabnya, kerana apabila anda mengambil nyawa orang yang tidak bersalah untuk apa jua sebab dalam keganasan, saya rasa ia tidak adil kepada mangsa dan tidak baik untuk dunia.



"Saya ingin menunjukkan penghargaan kepada semua yang telah melahirkan keprihatinan kepada mangsa dan menyeru semua orang agar terus menjadi masyarakat yang harmoni, damai di Singapura dan tidak mengambilnya secara ringan serta sentiasa mencari cara untuk mengekalkannya," kata beliau.



Dalam pada itu, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, dalam satu acara berasingan juga menggesa masyarakat Singapura agar tidak mengambil ringan isu keselamatan.



Beliau turut berkata kejadian itu juga harus dijadikan satu peringatan untuk terus menggiatkan usaha menjalin keharmonian kaum.



Selain itu, beliau berkata masyarakat Islam juga harus memainkan peranan memperkukuhkan pemahaman golongan lain mengenai Islam.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >