Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ketuai jawatankuasa Tunas Bersama M ³

Jun 13, 2021 | 09:13 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mempengerusikan jawatankuasa bagi inisiatif baru, Tunas Bersama M³, yang bertujuan memupuk bakat kepimpinan muda di kalangan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) setempat.


Inisiatif itu pertama kali diumumkan oleh Encik Masagos semasa Perjumpaan Hari Raya bulan lalu.


Jawatankuasa itu terdiri daripada 10 wakil penjawat pucuk pimpinan di MMO, termasuk Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, dan Presiden Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.


"Mereka akan bekerjasama untuk melakar program untuk peserta Tunas Bersama M³," kata Encik Masagos.


Anggota jawatankuasa itu akan terlibat dalam tiga inisiatif utama demi membantu meningkatkan dan mengembangkan pertubuhan pimpinan mereka.


Inisiatif pertama terdiri daripada sesi rangkaian untuk menjalin hubungan kerja lebih erat antara MMO untuk memperbaiki sinergi dan menghasilkan kesan yang lebih besar.


Yang kedua melibatkan sesi membina keupayaan tadbir urus dan kepimpinan dalam konteks Sektor Kebajikan Sukarela Melayu/Islam untuk memperkukuhkan nilai-nilai kepimpinan.


Inisiatif ketiga terdiri daripada perkongsian atau fireside chat dengan pemimpin pemerintah untuk bertukar idea dan mengetahui lebih lanjut mengenai isu dan pertimbangan di sebalik dasar yang telah menyumbang kepada pembangunan Singapura dan masyarakat.


"Saya harap dengan memperkukuhkan barisan kepimpinan muda di dalam badan-badan Melayu/Islam (MMO), kita dapat mempersiapkan generasi masa depan dan memajukan visi Masyarakat Gemilang kita," kata Encik Masagos. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >