Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ketuai pasukan bertindak antara agensi bangun strategi kesihatan, kesejahteraan ibu dan anak

Mar 05, 2021 | 10:03 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan membangunkan Strategi Kesejahteraan dan Kesihatan Ibu dan Anak untuk menyediakan sokongan menyeluruh kepada wanita dan anak-anak mereka bagi mendapatkan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.


Pasukan bertindak silang agensi itu akan dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, yang akan memantau pelaksanaan rancangan lima tahun meliputi fasa sebelum kehamilan ke remaja berusia 18 tahun - tempoh di mana terdapat pencapaian pembangunan penting.


Dalam catatan di Facebook pada Jumaat (5 Mac), Encik Masagos berkata pasukan bertindak itu akan terdiri daripada beberapa agensi pemerintah supaya dapat menangani isu yang saling merentas dengan lebih berkesan untuk mencapai hasil pendidikan, sosial dan kesihatan yang lebih baik untuk golongan muda.


"Kami akan mempertingkatkan usaha kesihatan pencegahan aliran atas untuk wanita dan kanak-kanak, seperti mempersiapkan pasangan muda untuk zaman keibubapaan dan melengkapi ibu-ibu dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menggalak kesihatan emosi dan fizikal yang baik untuk diri mereka dan anak-anak mereka.


"Kami juga akan berusaha untuk mengetatkan penyepaduan perkhidmatan kesihatan dan sosial untuk memberi lebih banyak sokongan, dan melakar serta menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan lebih baik, untuk kedua-dua ibu dan anak untuk membawa lebih banyak kemudahan untuk keluarga," kata Encik Masagos, yang mengumumkan tentang strategi tersebut dalam ucapan semasa perbahasan belanjawan MOH di parlimen pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >