Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ketuai pasukan bertindak tingkatkan hasil makanan S'pura

Apr 09, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mempengerusi satu pasukan bertindak silang agensi, Ekspres 30x30, yang akan menyelia usaha meningkatkan penghasilan makanan di negara ini.



Menyatakan demikian dalam catatan Facebooknya semalam, beliau berkata pasukan itu juga akan mencari huraian kepada cabaran berkaitan menubuhkan atau memperbesar ladang, selain memastikan ladang-ladang itu akan produktif, mapan dan berdaya tahan.



Sejajar itu, satu geran sebanyak $30 juta dilancarkan untuk membantu ladang setempat meningkatkan penghasilan telur, sayur dan ikan dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang.



Geran Ekspres 30x30 itu akan membantu mempercepat penghasilan makanan setempat dalam tempoh paling singkat, demikian dinyatakan Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Sasaran 30 kali 30 itu - untuk menghasilkan makanan mencukupi demi memenuhi 30 peratus keperluan pemakanan negara ini menjelang 2030 - merupakan sebahagian strategi Singapura ke arah mencapai keterjaminan makanan bagi jangka panjang.



Kini, kurang 10 peratus bekalan makanan setempat dihasilkan di sini.



Pembukaan geran yang akan dilancarkan pertengahan bulan ini akan menghendaki pemain agri-makanan setempat yang menghasilkan tiga jenis makanan untuk memberi saranan mereka untuk "tumbuh lebih banyak, dan lebih cepat".



Geran itu akan membolehkan permohonan yang berjaya membiaya kos pendahuluan supaya dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang.



Ini termasuk pembiayaan bersama sistem teknologi yang akan meningkatkan daya penghasilan di ladang-ladang setempat.



Ikan, sayur dan telur adalah tiga jenis makanan yang dimakan di Singapura. Tahun lalu, ladang setempat menghasilkan 14 peratus sayur, 26 peratus telur dan 10 peratus ikan yang dimakan di sini, lapor The Straits Times.



Semasa perbahasan Belanjawan tambahan kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata wabak Covid-19 telah menekankan pentingnya memperkukuh daya tahan rangkaian bekalan Singapura dan keterjaminan bekalan makanan.



"Dalam kenyataan menteri saya mengenai Belanjawan Berdaya Tahan, saya bercakap tentang usaha kita menangani cabaran terdekat, dengan mempunyai strategi pelbagai serampang yang teguh, untuk memastikan bekalan makanan dan barang keperluan yang mantap.



"Kami telah berusaha dalam perkara ini sejak bertahun-tahun, dan akan terus berbuat demikian," ujar Encik Heng yang juga Menteri Kewangan.



Dalam Facebooknya, Encik Masagos berkata selain membantu ladang setempat meningkatkan keupayaan penghasilan mereka dan meningkatkan keberkesanan sumber dan kemapanan mereka, satu bahagian utama memperkukuh keterjaminan makanan adalah sokongan pengguna kepada hasil setempat.



"Mari kita gunakan hasil setempat, dan mari kita semua mainkan peranan bagi menjayakan kisah Makanan Singapura kita," ujarnya.



Geran $30 juta itu akan melengkapi Dana Produktiviti Pertanian sedia ada yang diuruskan SFA, bertujuan membantu ladang di sini meningkatkan produktiviti dengan menggabungkan teknologi mapan dalam sistem perladangan mereka.



Untuk mempertingkat penghasilan makanan, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti ruang industri dan tapak kosong yang boleh digunakan juga sebagai ruang pertanian alternatif.



Mulai bulan depan, SFA akan melancarkan tender bagi ruang di atas bumbung tempat meletak kereta HDB bagi kegunaan pertanian bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >