Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos kongsi visi sektor agama, proses pilih Mufti pada masa depan

Jun 05, 2020 | 09:33 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarkat Islam, Encik Masagos Zulkilfi Masagos hari ini (5 Jun) mengongsi visi jangka panjang bagi sektor keagamaan, termasuk memperkukuh keupayaan asatizah setempat.



Menyentuh tentang proses pemilihan Mufti pada masa depan, Encik Masagos berkata ini perlu dilakukan dalam kalangan pegawai yang menyandang lima jawatan utama setelah meraih ilmu dan pengalaman yang luas.



Lima jawatan itu termasuk jawatan dua Timbalan Mufti, Dekan Akademi Muis, Presiden Kanan Mahkamah Syariah dan Pendaftar Pejabat Pernikahan Orang-Orang Islam.



“Saya berharap para asatizah dapat bergilir tempat untuk ke laluan-laluan yang lain demi meluaskan pengalaman mereka sambil mendalami ilmu dan mendapat pengiktirafan bagi kemahiran dalam semua bidang kerja tersebut,” katanya dalam ucapannya di Perjumpaan Hari Raya Menteri dalam talian itu.



Menyentuh tentang program pembangunan asatizah menerusi Rangka Kerjaya dan Kecekapan (CCF) yang dilancarkan April lalu, Encik Masagos berkata program itu bertujuan meningkatkan kesedaran pegawai di sektor keagamaan tentang peluang pekerjaan serta kemahiran, kecekapan dan pentauliahan yang diperlukan bagi pelbagai tugas dalam sektor tersebut.



“CCF merupakan peta kerjaya bagi seorang siswazah yang mungkin bermula sebagai pegawai di masjid, sampailah ke kemuncak kerjayanya sebagai Mufti, jika beliau mempunyai keupayaan dan dorongan untuk melakukan sedemikian,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >