Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Kukuh daya tahan keimanan, papar sifat pengorbanan

Aug 11, 2019 | 01:36 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed berkata daya tahan dalam keimanan seorang Muslim serta sifat pengorbanan yang dipaparkan dalam ibadah korban, menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat Melayu-Islam. 



Justeru, beliau menggesa masyarakat Melayu-Islam untuk kekalkan sifat-sifat murni ini  sepanjang tahun dan bukan hanya semasa Aidiladha. 



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok pada Ahad (11 Ogos).



Sekitar 4,000 jemaah turut menunaikan solat Aidiladha di masjid itu.



Turut menjadi jemaah adalah Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Mohd Fahmi Aliman, Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik



Rahayu Mahzam dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, yang menyampaikan khutbah mengenai membina daya tahan keimanan kepada jemaah yang hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >