Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Masagos: Kursus rancang kewangan akan ditawar kepada pasangan baru kahwin

Muis bincang dengan MoneySense bagi terapkan komponen dalam usaha tingkat tahap kecelikan kewangan warga
Jul 06, 2021 | 05:30 AM



KURSUS perancangan kewangan bakal ditawarkan kepada pasangan baru berkahwin dan juga pasangan muda Muslim, di bawah projek Temasek Foundation Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif).



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang membincangkan bersama pihak MoneySense untuk memasukkan komponen itu ke dalam program kendalian pihak pendidikan kewangan nasional itu sebagai sebahagian usaha mempertingkat tahap kecelikan kewangan warga.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyatakan demikian semasa memberi jawapan bertulis kepada soalan Dr Shahira Abdullah (Anggota Parlimen Dilantik).



Antara lain, Dr Shahira bertanya mengenai kadar penyertaan masyarakat Melayu/Islam dalam program perancangan kewangan dan harta pusaka.



Encik Masagos, juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata terdapat juga beberapa program lain berkaitan, di peringkat nasional dan masyarakat.



"Ini termasuk pasangan Muslim menghadiri Program Persediaan Perkahwinan Cinta Abadi, dengan mereka mempelajari cara untuk merancang bagi membuat pencalonan CPF (Tabung Simpanan Pekerja) dan Surat Kuasa Berkekalan (LPA).



"Inisiatif masyarakat melengkapkan program nasional ini untuk memperkukuh sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam, termasuk pasangan suami isteri dan keluarga muda," ujarnya.



Selain itu terdapat juga Program Bijak Belanja kendalian Mendaki Sense yang membantu keluarga muda dan berpendapatan rendah untuk memperkasa mereka dengan kemahiran perancangan kewangan.



Bengkel itu disampaikan dalam bahasa Melayu, dan merangkumi amalan harian pengurusan perbelanjaan keluarga.



Topik seperti pemilikan rumah, pelaburan asas dan pengurusan harta pusaka juga dibincangkan dalam program itu



Sejak dua setengah tahun, lebih 600 peserta telah meraih manfaat daripada program Program Bijak Belanja itu, kata Encik Masagos.



Terdapat juga program Bersamamu, di bawah inisiatif M Kuasa 3 (M3), yang memberi bimbingan kepada pasangan baru berkahwin dengan bantuan Naib Kadi, agar pasangan itu mempunyai asas permulaan yang baik dan kukuh dalam perkahwinan mereka.



Encik Masagos menambah, bimbingan agama juga disediakan kepada masyarakat mengenai perkara berkaitan kewangan dan pengurusan harta pusaka.



Antaranya, Muis telah mengadakan seminar dan perbincangan mengenai pengurusan harta pusaka, dan menganjurkan beberapa program latihan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) mengenai 'Perancangan Kewangan dan Harta Pusaka' bagi asatizah.



Pada 2012, Muis menubuhkan Wakaf Ilmu - satu endowmen amal bagi umat Islam untuk tampil hulur pemberian terancang.



Pendapatan yang dihasilkan melalui pelaburan wakaf itu dalam instrumen dan hartanah yang dijamin modal, disalurkan untuk menyokong pendidikan Islam di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >