Masagos: Lagi empat masjid akan dinaik taraf, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Masagos: Lagi empat masjid akan dinaik taraf

May 09, 2021 | 05:30 AM

SEPANJANG lima tahun akan datang, empat masjid yang terletak di kawasan perumahan dan dibina dengan menggunakan Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF), akan menjalani kerja-kerja peningkatan.

Ini termasuk Masjid Darul Makmur, Alkaff Kampung Melayu, Ar-Raudhah dan Darussalam.

Masjid-masjid ini dipilih atas dasar usia mereka di mana usia masjid ini telah mencecah lebih daripada 20 tahun dalam fasa masjid MBMF yang lalu.

Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga akan mendapatkan tempoh pajakkan lebih lama bagi Masjid Tentera dan Ahmad Ibrahim.

Kedua-dua masjid ini masih lagi di bawah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan terdapat rancangan untuk mempertingkat masjid-masjid ini.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Berucap semasa Seminar Pelan Kerja Muis, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata masjid-masjid ini akan dipertingkat dengan kemudahan aksesibiliti lebih baik seperti menyediakan khidmat lif dan tanjakan untuk menyokong warga emas yang semakin meningkat dalam masyarakat.

Desain dan amalan yang lebih menghijau dan mampan seperti kemudahan yang jimat tenaga dan air akan turut dilaksanakan.

Sementara itu, Encik Masagos berkata pelan untuk membina masjid baru termasuk di Tampines North akan ditangguhkan dan disemak semula sehingga ekonomi kembali pulih.

Justeru pelan peningkatan masjid akan diberi keutamaan.

Menjelang 2022, masyarakat boleh menjangkakan kerja-kerja peningkatan yang sedang berlangsung di Masjid Bencoolen, Malabar dan Khalid, akan berakhir.

Namun Encik Masagos menekankan meski MBMF telah membantu menambah dana bagi membina masjid baru dan mempertingkat masjid sedia ada, masjid juga, tambahnya, perlu merancang bagaimana mereka boleh membiayai operasi masa depan mereka, termasuk apabila tempoh pajakan perlu diperbaharui.

Encik Masagos turut menyentuh tentang Wakaf Masyarakat Singapura dan bagaimana ia dapat memperkukuh sektor keagamaan dan institusi pada masa akan datang

"Meski dengan sumbangan sihat oleh masyarakat menerusi zakat dan MBMF, pandemik ini telah mengingatkan kita tentang pentingnya rizab kita dan perlunya masjid dan madrasah agar kekal berdaya tahan dan mampan," katanya.

Turut menjelaskan kepada media selepas acara tersebut, Pengarah Kanan Masjid dan Pembangunan Masyarakat, Encik Zaini Osman berkata sebenarnya ada dasar di mana 75 peratus daripada MBMF boleh digunakan untuk peningkatan masjid. Bakinya adalah menerusi pengumpulan dana.

Tetapi peratusan ini bergantung pada kekuatan kewangan masjid.

"Justeru kita mahu membantu masjid meningkat kemahiran dalam pengurusan bajet yang lebih terperinci dan cermat.

"Selain itu, kami mahukan masjid memanfaatkan geran-geran pemerintah serta meningkatkan mutu program yang disediakan untuk jemaah.

"Mekanisme wakaf masyarakat yang disentuh Encik Masagos juga akan meningkatkan pendapatan masjid agar ia lebih berdaya tahan dalam situasi yang agak mencabar sekarang," katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map