Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Masagos lahir penghargaan diundang ke UAE

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masagos lahir penghargaan diundang ke UAE

Jan 19, 2019 | 05:30 AM

MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam melahirkan penghargaan ke atas beberapa pemimpin sempena lawatan kerjanya ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Menulis di Facebooknya, Encik Masagos mengucapkan terima kasih kepada Menteri bagi Perubahan Iklim dan Sekitaran UAE, Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi, yang mengundangnya menyertai ‘Minggu Kemampanan Abu Dhabi’.

“Ucapan tahniah juga kepada beliau kerana menerima Anugerah Kecemerlangan Pemerintah Mohammed Bin Rashid kerana kepimpinannya dalam Kementerian bagi Perubahan Iklim dan Sekitaran. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama dalam isu-isu sekitaran dan usaha mengurangkan perubahan iklim,” kata Encik Masagos dalam tulisan berserta gambar beliau sedang makan bersama Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi dan para tetamu lain.

Rabu lalu, Encik Masagos telah menyampaikan ucapannya di Sidang Puncak Masa Depan, yang merupakan sebahagian ‘Minggu Kemampanan Abu Dhabi’.

Beliau antara lain telah menarik perhatian mengenai suhu semakin meningkat akibat perubahan iklim yang dijangka menyebabkan lebih banyak kes denggi.

Beliau juga telah menyaksikan pelancaran Pertukaran Inovasi Iklim (Clix), iaitu daya usaha yang menyatukan golongan muda dan idea inovatif dari seluruh dunia untuk menangani perubahan iklim.

Encik Masagos turut melahirkan penghargaan kepada Dr Ali Al Nuaimi, Pengerusi Jabatan Pendidikan dan Pengetahuan Abu Dhabi, yang juga Pengerusi Hedayah dan Setiausaha Agung Majlis Penatua Islam – tokoh penting yang memajukan konsep toleransi dan kesederhanaan di UAE dan di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap dapat memperkukuhkan pertukaran mengenai keharmonian agama dan kaum dengan UAE, yang merupakan prasyarat untuk kestabilan politik dan sosial,” ujar Encik Masagos lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3