Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata komitmen dan profesionalisme para jururawat menjaga golongan sakit, khususnya di tengah-tengah pandemik amat memberi inspirasi.
Beliau berkata demikian selepas menyertai sambutan Hari Jururawat Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).
Menurut Encik Masagos, walaupun dengan pandemik ini, ia tidak mematahkan semangat untuk meraikan wira-wira kejururawatan kita.
“Keghairahan, dedikasi, profesionalisme and komitmen jururawat dalam menjaga golongan sakit dan lemah, khususnya dalam masa pandemik yang mencabar ini, memberi inspirasi kepada saya.
“Di hari istimewa ini, saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada jururawat kita semua dan terima kasih di atas khidmat anda kepada Singapura,” tulis beliau dalam satu catatan Facebook.