Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lahir rasa besar hati sambut kunjungan Menteri Haji

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melahirkan rasa berbesar hati menyambut kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah ke Singapura.



Encik Masagos, yang bertemu Dr Al-Rabiah di Hab Islam Singapura, turut melahirkan penghargaan kepada Dr Al-Rabiah dan kerajaan Arab Saudi atas sokongan berterusan kepada jemaah Singapura.



Dalam catatan Facebooknya pada Rabu, Encik Masagos berkata:



"Saya teruja dapat bertemu Dr Al-Rabiah sekali lagi selepas pertemuan kali terakhir kami di Persidangan dan Pameran bagi Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah awal bulan lalu.



"Saya lahirkan penghargaan saya kepada Dr Al-Rabiah dan kerajaan Arab Saudi atas sokongan berterusan mereka kepada jemaah Singapura."



Awal sebelum ini, Dr Al-Rabiah juga bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Antara perkara penting yang dibincangkan adalah kepentingan berpanjangan Singapura untuk mendapatkan kuota haji yang lebih tinggi agar lebih ramai yang boleh tunaikan ibadah Rukun Islam kelima ini, kata Encik Masagos.



"Keinginan masyarakat Muslim Singapura untuk tunaikan haji terus tinggi.



"Baru-baru ini kita saksikan lebih daripada 10,000 permohonan baru sejak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) membuka semula pendaftaran bagi portal MyHajSG.



"Ini menjadikan bilangan keseluruhan warga Singapura yang telah berdaftar untuk menanti menunaikan ibadah haji kepada 45,000 orang," katanya.



Menurut Encik Masagos, Dr Al-Rabiah juga menekankan akan perlunya meletakkan keselamatan ke hadapan bagi jemaah sedang mereka memberikan jaminan bahawa kerajaan Arab Saudi sentiasa berusaha menambah kuota haji. - FARID HAMZAH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >