Masagos lawat Arab Saudi, UAE bagi kerjasama alam sekitar dan air

MENTERI Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan melawat Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini hingga 15 Februari untuk bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya bagi meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang kerjasama alam sekitar dan air.

Di Arab Saudi, Encik Masagos akan berucap di Forum Air dan Alam Sekitar Saudi dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Hyflux dengan Saudi Water Conversion Corporation untuk projek-projek Loji Osmosis Balikan Air Laut yang baru dan Sistem Penghantaran Air di kota Al Wajh, Duba dan Haql.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto