Masagos lawat kilang selesai pasang panel suria mesra alam
Mampu jana tenaga elektrik memadai bagi kegunaan 1,000 flat HDB tiga bilik selama setahun
May 23, 2019 | 05:30 AM
SUSUNAN panel suria antara yang terbesar di Singapura mula menjana kuasa elektrik di sebuah kilang perusahaan semalam.
Sejumlah 7,730 panel 'photovoltaic' - yang mampu mengubah tenaga suria menjadi elektrik - kini dipasang di bumbung kilang perusahaan Kimberly-Clark Corporation di Tuas.