Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lawat M’sia

MAS
Feb 03, 2022 | 02:25 AM



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan membuat lawatan kerja ke Kuala Lumpur, Malaysia mulai esok (3 Feb) hingga 5 Februari. 





Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Rabu (2 Feb), dalam kunjungan itu, Encik Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, akan bertemu dengan beberapa pemimpin negara itu. 





Beliau dijadualkan membuat pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Idris Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Sekitaran dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.





Selain itu, Encik Masagos juga akan bertemu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, yang juga merupakan ketua Umno bagi Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tambah kenyataan MSF. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >