Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lawat Putrajaya

Sep 25, 2018 | 04:26 PM



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mengunjungi Putrajaya, Malaysia dari 26 hingga 27 September bagi Pertukaran Lawatan Tahunan Malaysia- Singapura (MSAEV) yang ke-31. 


Lawatannya ke Putrajaya dibuat atas undangan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Sekitaran dan Perubahan Iklim Malaysia, Cik Yeo Bee Yin.



Ini adalah pertemuan dua hala pertama antara Encik Masagos dan Cik Yeo.



MSAEV adalah pertemuan tahunan antara Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR)  Singapura dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Sekitaran dan Perubahan Iklim (MESTECC) Malaysia.



Menurut kenyataan MEWR, kedua-dua kementerian itu akan membincangkan isu sekitaran yang menjadi kepentingan bersama, dan memeriksa kemajuan kerjasama dan kegiatan bersama dalam bahagian seperti pengeluaran pencemaran kenderaan, mengekalkan mutu air di Selat Johor, latihan respons kecemasan bagi tumpahan kimia dan menjalankan program latihan sekitaran.



Encik Masagos akan ditemani pegawai dari MEWR dan agensi pemerintah lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >