Dari Terengganu: MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kini berada di Terengganu bagi satu lawatan kerja.
Lawatan tiga hari bermula semalam itu sebahagian daripada usaha Singapura memperkukuh hubungan dengan pelbagai negeri di Malaysia, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam. Ini termasuk memajukan hubungan ekonomi yang rapat dan perhubungan antara rakyat.